TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

JPMorganChase setuju bayar RM1.4 bilion capai penyelesaian kes 1MDB

By
|
Kongsi
image

 

PUTRAJAYA 22 Ogos - Kerajaan Malaysia mencapai persetujuan dengan JPMorganChase bagi menyelesaikan semua perkara berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sekali gus menamatkan sebarang tindakan undang-undang yang masih berlangsung.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, di bawah perjanjian penyelesaian tersebut, JPMorganChase akan menyumbang sebanyak RM1.4 bilion (AS$330 juta) ke dalam Akaun Amanah Pemulihan Aset Malaysia tanpa pengakuan liabiliti.

"Perjanjian penyelesaian ini meliputi semua tuntutan sedia ada dan berpotensi, selain mengikat kedua-dua pihak daripada mengemukakan sebarang tuntutan atau litigasi baharu pada masa hadapan yang berkaitan dengan 1MDB.

"Setiap pihak juga akan menarik balik semua rayuan berhubung saman yang telah difailkan oleh 1MDB terhadap JP Morgan (Switzerland) Ltd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur," jelas kenyataan itu.

Langkah ini menambah kepada deretan kejayaan kerajaan dalam usaha memulihkan semula dana 1MDB yang diseleweng, selepas berjaya membawa pulang pelbagai aset serta dana sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

 

+ - reset