Berita Berita
Lelaki ahli sindiket Geng Susu Kangkang didakwa curi 11 kotak susu formula

MELAKA 22 Ogos – Seorang ahli sindiket yang terkenal dengan gelaran Geng Susu Kangkang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka hari ini atas pertuduhan mencuri 11 kotak susu formula bernilai RM1,826.10 di dua pasar mini sekitar Melaka Tengah, awal Ogos lalu.
Tertuduh, Mohd. Safri Jilji, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret N. Sivashangari.
Berdasarkan pertuduhan, Safri bersama dua lagi rakan yang masih bebas didakwa mencuri susu formula dari 99 Speedmart Taman Paya Emas dan 99 Speedmart Bandar Baru Sungai Udang sekitar jam 7 malam pada 1 dan 2 Ogos 2025.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun serta dikenakan denda atau sebatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.
Timbalan Pendakwa Raya, Farah Nabihah Roslan mencadangkan jaminan RM8,000 bagi setiap pertuduhan, namun peguam bela Chua Yong Yi merayu jumlah lebih rendah atas alasan anak guamnya baru menjalani pembedahan, perlu menjaga ibu sakit strok dan tidak mempunyai pendapatan tetap.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM4,000 bagi semua pertuduhan dengan tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.
Sebelum ini, pada 14 Ogos, pihak polis mengesahkan penahanan empat ahli sindiket Geng Susu Kangkang yang aktif mencuri susu formula sejak 2011 dengan taktik menyembunyikannya di celah kelangkang. Sindiket itu dipercayai terlibat dalam 12 kes kecurian premis di Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang dalam tempoh seminggu. - Media Telus
Berita berkaitan
August 22, 2025, 8:44 pm
JPMorganChase setuju bayar RM1.4 bilion capai penyelesaian kes 1MDB
August 22, 2025, 8:09 pm
'Harga barang turun lepas harga minyak turun? Susah nak cakap' - Rafizi
August 22, 2025, 5:13 pm
Jururawat dari Pahang korban terbaru Himpunan RXZ Members terbabas di LPT2
August 22, 2025, 3:23 pm
Pengasuh menangis panggil ibu selepas didakwa sebabkan kematian bayi 7 bulan di taska
August 22, 2025, 3:22 pm
Jumpa najis tikus, tiga premis makanan di Pulau Pinang ditutup
August 22, 2025, 3:11 pm
MyBurgerLab pecat COO gara-gara kenyataan yang dianggap hina solat Jumaat
August 22, 2025, 3:09 pm
Eksekutif jualan maut kemalangan dalam perjalanan sertai Himpunan RXZ
August 22, 2025, 3:07 pm
SPRM anggap 1MDB kes paling kompleks dalam sejarah
August 22, 2025, 3:01 pm