Berita Berita
MyBurgerLab pecat COO gara-gara kenyataan yang dianggap hina solat Jumaat

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Rangkaian restoran popular, MyBurgerLab menamatkan perkhidmatan Ketua Pegawai Operasi (COO) syarikat itu, Andrew Chong selepas beliau membuat kenyataan di media sosial yang dianggap menghina kewajipan solat Jumaat bagi lelaki Islam di Terengganu.
Dalam kenyataan rasmi, pihak pengurusan berkata mereka kesal dengan tindakan individu berkenaan kerana kenyataannya mencetuskan kemarahan, kekecewaan serta perasaan tersinggung, khususnya dalam kalangan umat Islam.
“MyBurgerLab menentang sebarang bentuk diskriminasi atau perbuatan tidak menghormati agama. Kami berdiri teguh bersama komuniti Muslim dan memohon maaf dengan tulus atas insiden ini,” katanya hari ini.
Menurut syarikat itu, penamatan khidmat Chong berkuat kuasa serta-merta dan semua kaitan beliau dengan syarikat turut diputuskan.
Selain itu, MyBurgerLab akan menyemak semula dasar dalaman dan memperkenalkan latihan sensitiviti budaya secara mandatori dengan kerjasama pakar termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Latihan itu dijadual selesai dalam tempoh 30 hari, dengan sesi penyegaran setiap tahun selepas itu. - Media Telus
Berita berkaitan
August 22, 2025, 8:44 pm
JPMorganChase setuju bayar RM1.4 bilion capai penyelesaian kes 1MDB
August 22, 2025, 8:09 pm
'Harga barang turun lepas harga minyak turun? Susah nak cakap' - Rafizi
August 22, 2025, 5:13 pm
Jururawat dari Pahang korban terbaru Himpunan RXZ Members terbabas di LPT2
August 22, 2025, 3:23 pm
Pengasuh menangis panggil ibu selepas didakwa sebabkan kematian bayi 7 bulan di taska
August 22, 2025, 3:22 pm
Jumpa najis tikus, tiga premis makanan di Pulau Pinang ditutup
August 22, 2025, 3:17 pm
Lelaki ahli sindiket Geng Susu Kangkang didakwa curi 11 kotak susu formula
August 22, 2025, 3:09 pm
Eksekutif jualan maut kemalangan dalam perjalanan sertai Himpunan RXZ
August 22, 2025, 3:07 pm
SPRM anggap 1MDB kes paling kompleks dalam sejarah
August 22, 2025, 3:01 pm