Berita Berita
Eksekutif jualan maut kemalangan dalam perjalanan sertai Himpunan RXZ

BERA 22 Ogos – Seorang eksekutif jualan maut selepas motosikal Yamaha RXZ ditungganginya terbabas di Jalan Palong 8, di sini, ketika dalam perjalanan menyertai Himpunan RXZ Members 7.0 yang dijadual berlangsung di Terengganu, esok.
Mangsa, Mohd Syukri Shahrudin, 33, dari Taman Sedia Raja, Chembong, Rembau, Negeri Sembilan, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan tangan.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir, berkata kemalangan berlaku kira-kira jam 6.30 pagi ketika mangsa menunggang motosikal dari arah Rembau menuju ke Terengganu.
“Siasatan awal mendapati, mangsa sepatutnya membelok ke kanan di simpang tiga, namun terus bergerak lurus sebelum melanggar tebing bahu jalan.
“Kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian mangsa yang gagal mengawal motosikal ditunggang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, keadaan jalan ketika kejadian adalah lurus dengan dua hala laluan, berturap baik, permukaan rata, kering serta pencahayaan jelas pada waktu siang.
Difahamkan, mangsa dalam perjalanan menyertai himpunan berkenaan bersama konvoi kira-kira 60 motosikal lain, dan beliau antara peserta terawal yang berada di hadapan kumpulan itu.
“Tiada saman trafik direkodkan terhadap mangsa, manakala motosikal terbabit akan dihantar ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan lanjut.
“Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Bera untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Berita berkaitan
August 22, 2025, 8:44 pm
JPMorganChase setuju bayar RM1.4 bilion capai penyelesaian kes 1MDB
August 22, 2025, 8:09 pm
'Harga barang turun lepas harga minyak turun? Susah nak cakap' - Rafizi
August 22, 2025, 5:13 pm
Jururawat dari Pahang korban terbaru Himpunan RXZ Members terbabas di LPT2
August 22, 2025, 3:23 pm
Pengasuh menangis panggil ibu selepas didakwa sebabkan kematian bayi 7 bulan di taska
August 22, 2025, 3:22 pm
Jumpa najis tikus, tiga premis makanan di Pulau Pinang ditutup
August 22, 2025, 3:17 pm
Lelaki ahli sindiket Geng Susu Kangkang didakwa curi 11 kotak susu formula
August 22, 2025, 3:11 pm
MyBurgerLab pecat COO gara-gara kenyataan yang dianggap hina solat Jumaat
August 22, 2025, 3:07 pm
SPRM anggap 1MDB kes paling kompleks dalam sejarah
August 22, 2025, 3:01 pm