Berita Berita
DBKL gempur Brickfields, 7 premis dikendali warga asing diarah tutup serta-merta

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup tujuh premis yang dikendalikan warga asing dalam operasi bersepadu Ops Gasak Siri 3/2025 di sekitar Brickfields semalam.
DBKL dalam kenyataan memaklumkan, operasi bersepadu itu dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia Kuala Lumpur (JIMKL), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Tindakan bersepadu yang dilaksanakan di Jalan Tun Sambanthan dan Jalan Rakyat itu hasil rondaan berkala pihak berkuasa serta aduan orang ramai.
“Sebanyak tujuh premis yang dikendalikan warga asing ditutup di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Selain itu, DBKL turut mengeluarkan 20 notis kompaun serta melaksanakan 16 tindakan pindah halangan terhadap barangan perniagaan yang diletakkan di tempat awam,” jelas kenyataan itu.
Dalam operasi sama, seramai 10 warga asing ditahan kerana menjalankan perniagaan tanpa kebenaran dan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Kuala Lumpur untuk dokumentasi serta rekod lanjut.
KPDN pula mengeluarkan tiga kompaun atas kesalahan penandaan harga serta dua kompaun berkaitan penggunaan alat timbang sukat, manakala pihak kastam merampas 121 botol minuman keras pelbagai jenama yang disyaki belum dibayar duti cukai serta dipercayai diseludup masuk ke negara ini.
DBKL menegaskan, operasi dan pemantauan bersepadu seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang dikenal pasti. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya melalui pautan rasmi https://adukl.dbkl.gov.my/. - Media Telus
Berita berkaitan
August 23, 2025, 10:13 pm
PM tambah lagi peruntukan RM200,000 untuk Himpunan RXZ Members 7.0
August 23, 2025, 9:42 pm
Asap tebal dari lori punca nahas 12 Kenderaan di Pagoh, seorang maut tersepit
August 23, 2025, 8:39 pm
25 penumpang cemas bas ekspres berlanggar treler di Lebuhraya PLUS
August 23, 2025, 7:21 pm
Kes Jalur Gemilang terbalik jangan diperbesarkan jika tak sengaja – Saifuddin
August 23, 2025, 5:02 pm
Budak 3 tahun maut terjatuh dari tingkat 6 pangsapuri di Kota Damansara
August 23, 2025, 3:25 pm
Pecutan SPM 2024 bukti kejayaan awal Program Anak Kita selepas setahun dilaksana - Fadhlina
August 23, 2025, 3:13 pm
Remaja 16 tahun tiada lesen memandu dipercayai terlelap punca nahas ragut 4 nyawa di Banting
August 23, 2025, 2:46 pm