TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis nasihat orang ramai berhati-hati, murid 12 tahun dipercayai nyaris diculik lelaki bertopeng naik van putih di Melaka

By
|
Kongsi
image

 

MELAKA 23 Ogos – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan cubaan culik seorang murid lelaki berusia 12 tahun di sebuah sekolah rendah di Bukit Baru di sini pada 15 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata laporan dibuat pada hari kejadian selepas mangsa mendakwa dihalang seorang lelaki ketika pulang berbasikal dari kedai runcit ke rumahnya sekitar jam 5 petang.

“Setakat ini polis masih menyiasat kesahihan perkara ini... jadi saya minta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggusarkan masyarakat.

"Pada masa sama, masyarakat juga perlu sentiasa menjaga keselamatan masing-masing,” katanya dalam kenyataan ringkas petang ini.

Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan seorang murid sekolah cuba diculik seorang lelaki bertopeng yang menaiki van putih.

Kanak-kanak terbabit dilaporkan berjaya meloloskan diri dan memaklumkan kejadian kepada ibu bapanya sebelum membuat laporan polis.

 

+ - reset