Berita Berita
Remaja 16 tahun tiada lesen memandu dipercayai terlelap punca nahas ragut 4 nyawa di Banting

KUALA LANGAT 23 Ogos - Kemalangan maut membabitkan enam remaja di Jalan Sultan Suleiman Shah di sini pada Sabtu dipercayai berpunca daripada pemandu kereta yang terlelap ketika memandu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, siasatan awal mendapati pemandu berusia 16 tahun itu gagal mengawal kenderaan dipandunya sebelum terbabas ke dalam parit.
“Siasatan mendapati kemalangan berpunca akibat pemandu yang mengantuk dan terlelap ketika memandu. Semakan juga mendapati remaja terbabit tidak memiliki lesen memandu yang sah,” katanya dalam kenyataan.
Menurut beliau, kesemua mangsa ketika itu dalam perjalanan dari Pantai Morib menuju ke Batu 9, Kebun Baru, Telok Panglima Garang.
Sebelum ini, media melaporkan kemalangan berkenaan melibatkan enam remaja lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun.
Tiga daripada mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di hospital.
Dua lagi mangsa yang cedera parah kini masih dirawat di Hospital Banting, Kuala Langat.
Berita berkaitan
August 24, 2025, 8:54 am
Gegaran gemba bumi dikesan di Johor, MB nasihat penduduk jauhi struktur bangunan tidak kukuh
August 23, 2025, 10:13 pm
PM tambah lagi peruntukan RM200,000 untuk Himpunan RXZ Members 7.0
August 23, 2025, 9:42 pm
Asap tebal dari lori punca nahas 12 Kenderaan di Pagoh, seorang maut tersepit
August 23, 2025, 8:39 pm
25 penumpang cemas bas ekspres berlanggar treler di Lebuhraya PLUS
August 23, 2025, 7:21 pm
Kes Jalur Gemilang terbalik jangan diperbesarkan jika tak sengaja – Saifuddin
August 23, 2025, 5:02 pm
Budak 3 tahun maut terjatuh dari tingkat 6 pangsapuri di Kota Damansara
August 23, 2025, 3:25 pm
Pecutan SPM 2024 bukti kejayaan awal Program Anak Kita selepas setahun dilaksana - Fadhlina
August 23, 2025, 2:46 pm