TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Asap tebal dari lori punca nahas 12 Kenderaan di Pagoh, seorang maut tersepit

By
|
Kongsi
image

 

MUAR 23 Ogos – Seorang pemandu lori maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 12 kenderaan di Kilometer 129.9 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) dekat Pagoh, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, enam lori, lima kereta dan sebuah van terbabit dalam pelanggaran berantai yang turut menyebabkan seorang lelaki berusia 39 tahun tersepit di tempat duduk sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata siasatan awal mendapati insiden berlaku selepas sebuah lori dipandu lelaki berusia 48 tahun mengalami kerosakan teknikal.

“Pemandunya berhenti di lorong kecemasan, namun secara tiba-tiba lori itu mengeluarkan asap tebal.

"Akibatnya, lori yang mengekori di belakang terlindung asap sebelum merempuhnya. Beberapa kenderaan lain yang berada di belakang turut berlanggar sesama sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raiz Mukhliz berkata, mangsa maut dipercayai mengalami kecederaan dalaman, manakala enam mangsa lain dilaporkan cedera.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

+ - reset