TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

ETS3 laluan selatan mula beroperasi 30 Ogos ini - Anthony Loke

By
|
Kongsi
image

 

KLUANG 23 Ogos – Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS3) bagi laluan selatan kendalian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan mula beroperasi pada 30 Ogos ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Menurut beliau, laluan berkenaan membabitkan perjalanan dari KL Sentral – Kluang – KL Sentral, dengan tiket boleh mula dibeli mulai jam 8 malam ini melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS), mesin kiosk, atau laman sesawang rasmi KTMB.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan merasmikan pelancaran khas ETS3 laluan selatan di Stesen Kuala Lumpur. Baginda turut berkenan memandu sendiri tren ETS3 menuju ke Stesen Kluang, Johor.

Tren ETS3 jenis Electric Multiple Unit (EMU) itu berupaya mencapai kelajuan operasi sehingga 140 kilometer sejam.

Anthony Loke sebelum ini menjelaskan, dua set tren ETS3 yang telah tiba di Malaysia kini selesai menjalani ujian teknikal dan sedia untuk beroperasi, manakala baki lapan set lagi sedang dipasang secara berperingkat di kilang pemasangan CRRC Rolling Stock Center di Batu Gajah, Perak.

“Kesemua 10 set tren ETS3 dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang awal tahun depan,” katanya. 

+ - reset