TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Budak 3 tahun maut terjatuh dari tingkat 6 pangsapuri di Kota Damansara

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Kota Damansara, Petaling Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar, berkata pihaknya menerima laporan kejadian melalui Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada jam 4.42 petang.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui orang awam di laluan pejalan kaki blok kediaman terbabit sebelum polis serta pasukan perubatan dipanggil ke lokasi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dipercayai jatuh dari tingkat enam pangsapuri berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, pihak polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Dalam pada itu, Shahrulnizam meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran, Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau terus menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Ainaa Athira di talian 010-2762186. - Media Telus

 

+ - reset