TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Saifuddin bersalah fitnah Sanusi, diperintah bayar RM670,000

By
|
Kongsi
image

 

ALOR SETAR 24 Ogos - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersalah memfitnah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung isu unsur nadir bumi (REE) dan dana Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Dr John Lee Kien How @ Mohamad Johan Lee selepas meneliti keterangan kedua-dua pihak.

Mahkamah turut memerintahkan Saifuddin membayar ganti rugi am sebanyak RM600,000 serta kos berjumlah RM70,000 kepada Muhammad Sanusi.

Kes saman itu difailkan pada tahun lalu susulan kenyataan Saifuddin yang mendakwa Muhammad Sanusi terbabit dalam kecurian REE serta penyelewengan wang MARRIS ketika beliau memegang jawatan Menteri Besar Kedah.

Perbicaraan kes berprofil tinggi itu menarik perhatian ramai memandangkan kedua-dua tokoh berkenaan adalah pemimpin utama parti dalam kerajaan Persekutuan dan pembangkang.

Setakat ini, pihak Saifuddin masih belum mengumumkan sama ada akan memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan.

Berita lanjut menyusul...

+ - reset