TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis sahkan anak VVIP ditahan miliki dadah dalam kereta di Lebuhraya Sprint

By
|
Kongsi
image

 

PETALING JAYA 24 Ogos – Polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang juga anak kepada bekas pemimpin negara selepas sejumlah dadah ditemui dalam kenderaan dipandunya di Lebuhraya Sprint, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, mengesahkan tangkapan berkenaan namun enggan mengulas lanjut mengenai butiran kes.

“Ya, saya sahkan (penahanan itu),” katanya ringkas dalam laporan Berita Harian.

Difahamkan, penahanan dibuat ketika operasi pencegahan jenayah bersepadu dijalankan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sekitar kawasan Damansara.

Hasil pemeriksaan ke atas kereta suspek, polis menemui sejumlah kecil heroin bersama beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk aktiviti penyalahgunaan dadah.

Siasatan lanjut turut mendedahkan suspek mempunyai rekod kes lampau berkaitan kesalahan sama.

+ - reset