Berita Berita
Angka korban peserta RXZ Members 7.0 cecah 5 orang, mangsa terkini terbabas di LPT2 dalam perjalanan pulang ke Segamat

DUNGUN 24 Ogos - Seorang lagi peserta Himpunan RXZ Members 7.0 dilaporkan maut selepas motosikal ditungganginya terbabas dalam kemalangan di Kilometer 342.9 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Paka, di sini, tengah hari tadi.
Dalam kejadian jam 1.22 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Irfan Izzuddin Md Azhli, 20, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.
Insiden ini menjadikan beliau peserta kelima yang terkorban akibat nahas jalan raya berkaitan program tersebut.
Difahamkan, mangsa berkonvoi bersama 10 rakan menuju ke Segamat, Johor selepas selesai menyertai perhimpunan dua hari di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus.
Sebaik tiba di lokasi, motosikal ditungganginya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terseret di lorong kanan lebuh raya. Pasukan perubatan yang tiba kemudian mengesahkan kematiannya di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir, berkata mayat mangsa telah dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun bagi proses bedah siasat.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi.
Sebelum ini, media melaporkan empat kematian membabitkan peserta Himpunan RXZ Members 7.0 yang terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke acara berkenaan.
Berita berkaitan
August 24, 2025, 7:20 pm
Budak 2 tahun cedera kaki tersepit eskalator di pusat beli-belah di Alor Setar
August 24, 2025, 6:17 pm
Polis sahkan anak VVIP ditahan miliki dadah dalam kereta di Lebuhraya Sprint
August 24, 2025, 2:24 pm
Lebuhraya DASH ragut nyawa lagi, pelajar kolej swasta maut tercampak 21 meter
August 24, 2025, 12:57 pm
Dua lagi gegaran gempa bumi landa Johor di Kluang dan Segamat
August 24, 2025, 10:56 am
Saifuddin bersalah fitnah Sanusi, diperintah bayar RM670,000
August 24, 2025, 10:48 am
Sate Kajang diiktiraf makanan warisan Selangor
August 24, 2025, 10:31 am
'Tiada campur tangan luar' - Pengurusan Tabung Haji kekal 100% bumiputera Muslim - CEO TH
August 24, 2025, 8:54 am