Berita Berita
'Lantaklah DAPSY nak putus hubungan' - Puad sokong Akmal Saleh dalam isu pertahan maruah Jalur Gemilang

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi, menyatakan sokongan penuh kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh, susulan desakan terbaharu oleh Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Selangor dan Melaka yang mahu hubungan politik dengan Akmal diputuskan.
“Lantaklah, Akmal. You are not alone. Kita yakin DAPSY juga are not alone, ada pihak tertentu di belakang mereka, termasuk yang mengarahkan DAPSY membuat laporan polis terhadap Akmal,” katanya.
Puad menegaskan, pendirian Akmal dalam mempertahankan Jalur Gemilang tidak wajar dipolitikkan.
“Akmal istiqamah dengan niat murni iaitu patriotism first and business second. Katanya lagi, bendera bukan soal politik, bukan soal kaum. Ini soal maruah Jalur Gemilang,” jelas beliau.
Beliau mendakwa, DAP pula yang menukar isu itu kepada naratif kaum serta keuntungan apabila membantah tindakan sebuah klinik pergigian di Pontian yang diarahkan tutup 30 hari selepas memasang bendera secara terbalik.
Puad turut membangkitkan isu lama melibatkan mendiang Teo Beng Hock, dengan mendakwa DAP tidak berani “move on” meskipun parti itu sudah dua kali berada dalam kerajaan.
“Dalam kes Teo Beng Hock, gali kubur pun sudah, inkues pun sudah, SPRM bayar pampasan juga sudah. Tetapi DAP tidak berani bergerak ke hadapan kerana bimbang hilang sokongan masyarakat Cina. Berhentilah mengugut,” katanya.
Berita berkaitan
August 24, 2025, 7:20 pm
Budak 2 tahun cedera kaki tersepit eskalator di pusat beli-belah di Alor Setar
August 24, 2025, 6:17 pm
Polis sahkan anak VVIP ditahan miliki dadah dalam kereta di Lebuhraya Sprint
August 24, 2025, 2:24 pm
Lebuhraya DASH ragut nyawa lagi, pelajar kolej swasta maut tercampak 21 meter
August 24, 2025, 12:57 pm
Dua lagi gegaran gempa bumi landa Johor di Kluang dan Segamat
August 24, 2025, 10:56 am
Saifuddin bersalah fitnah Sanusi, diperintah bayar RM670,000
August 24, 2025, 10:48 am
Sate Kajang diiktiraf makanan warisan Selangor
August 24, 2025, 10:31 am
'Tiada campur tangan luar' - Pengurusan Tabung Haji kekal 100% bumiputera Muslim - CEO TH
August 24, 2025, 8:54 am