Berita Berita
Lebuhraya DASH ragut nyawa lagi, pelajar kolej swasta maut tercampak 21 meter

SHAH ALAM 24 Ogos – Selekoh tajam di jejambat susur Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) sekali lagi mencatat tragedi apabila seorang penunggang motosikal maut selepas tercampak dari ketinggian 21 meter, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 pagi itu, mangsa yang merupakan pelajar sebuah kolej swasta menunggang motosikal Yamaha 135LC dari arah Persiaran Mokhtar Dahari sebelum dipercayai hilang kawalan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, motosikal mangsa terbabas ketika melalui selekoh tajam sebelum melanggar pembahagi jalan jejambat.
“Kejadian itu menyebabkan mangsa tercampak ke bawah pada ketinggian 21 meter dan jatuh di kawasan berumput di Persiaran Pulau Angsa. Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Iqmal Maisarah Azman di talian 012-2836851 atau balai polis berdekatan,” katanya.
Difahamkan, ini merupakan kemalangan maut kedua di lokasi sama dalam tempoh setahun selepas seorang pemuda berusia 23 tahun turut terjatuh dari jejambat berkenaan pada 24 Julai lalu dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Berita berkaitan
August 24, 2025, 7:20 pm
Budak 2 tahun cedera kaki tersepit eskalator di pusat beli-belah di Alor Setar
August 24, 2025, 6:17 pm
Polis sahkan anak VVIP ditahan miliki dadah dalam kereta di Lebuhraya Sprint
August 24, 2025, 12:57 pm
Dua lagi gegaran gempa bumi landa Johor di Kluang dan Segamat
August 24, 2025, 10:56 am
Saifuddin bersalah fitnah Sanusi, diperintah bayar RM670,000
August 24, 2025, 10:48 am
Sate Kajang diiktiraf makanan warisan Selangor
August 24, 2025, 10:31 am
'Tiada campur tangan luar' - Pengurusan Tabung Haji kekal 100% bumiputera Muslim - CEO TH
August 24, 2025, 8:54 am