TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dua lagi gegaran gempa bumi landa Johor di Kluang dan Segamat

By
|
Kongsi
image

 

JOHOR BAHRU 24 Ogos – Negeri Johor dikejutkan dengan dua lagi gegaran gempa bumi pada pagi Ahad, masing-masing di Kluang dan Segamat sekitar jam 9 pagi, hanya beberapa jam selepas gegaran pertama melanda Segamat pada awal pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, gegaran di Kluang direkodkan dengan magnitud 2.8 pada jarak kira-kira 28 kilometer barat laut daerah itu.

“Gegaran dirasai di beberapa kawasan di Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan selatan Pahang. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor mengesahkan berlaku gegaran susulan di Segamat pada pagi sama yang turut dirasai secara meluas di daerah berkenaan.

Menurut APM, setakat ini tiada laporan kemalangan jiwa atau kecederaan, namun penilaian awal mendapati beberapa kerosakan kecil berlaku.

“Anggota APM Segamat telah digerakkan bagi melakukan rondaan, pemantauan dan pemeriksaan di lokasi strategik dengan kerjasama pihak polis, bomba, MetMalaysia serta penghulu,” jelas kenyataan itu.

Terdahulu, daerah Segamat digegarkan dengan gempa bumi bermagnitud 4.1 pada jam 6.13 pagi, namun tiada sebarang kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda dilaporkan.

 

+ - reset