Berita Berita
Kes buli di sekolah meningkat, 7,681 kes direkodkan tahun lalu - Fadhlina

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Kes salah laku buli di sekolah bawah Kementerian Pendidikan (KPM) menunjukkan peningkatan apabila 7,681 kes direkodkan pada tahun lalu berbanding 6,528 kes pada 2023.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, angka itu berdasarkan data Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM), dengan 1,992 kes berlaku di sekolah rendah manakala 5,689 kes lagi di sekolah menengah.
"Ingin ditegaskan KPM sama sekali tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku buli yang berlaku di institusi pendidikan. Usaha membanteras gejala buli adalah satu usaha berpanjangan dan berterusan KPM serta memerlukan komitmen semua pihak," katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen.
Beliau berkata demikian menjawab soalan V Ganabatirau (PH-Klang) mengenai jumlah kes buli antara pelajar di sekolah kerajaan seluruh negara pada 2024 serta langkah pencegahan baharu bagi membendung budaya itu.
Fadhlina menjelaskan KPM mempunyai mekanisme jelas untuk menangani isu buli antaranya melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4 Tahun 2002: Pelaksanaan Program Sekolah Selamat yang bertujuan mewujudkan persekitaran sekolah kondusif. Mekanisme itu turut diperkukuh dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 2011 yang menetapkan prosedur pelaporan salah laku disiplin murid melalui SOP 1:3:7 agar tindakan segera dan berkesan dapat diambil.
Selain itu, katanya, komitmen kementerian juga diperkukuhkan melalui penerbitan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 12 Tahun 2023 mengenai pelaksanaan garis panduan pengurusan salah laku buli di institusi pendidikan bawah KPM bertarikh 3 November 2023. Pekeliling itu berfungsi sebagai panduan menyeluruh kepada pihak sekolah dalam memahami definisi buli, tatacara pengurusan kes serta implikasi terhadap pembuli dan mangsa buli.
Mengenai langkah pencegahan, Fadhlina berkata KPM kini melaksanakan audit keselamatan di semua institusi pendidikan termasuk sekolah berasrama penuh, asrama harian dan sekolah harian bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan.
Pada masa sama, SOP keselamatan dan disiplin turut ditambah baik dengan mengemas kini garis panduan termasuk tatacara menangani kes buli supaya lebih relevan dengan keperluan semasa. KPM juga memperkenalkan Reformasi Sistem Aduan Buli melalui pengemaskinian portal aduan yang kini menyediakan fungsi aduan anonim bagi melindungi identiti pengadu dan saksi.
"KPM yakin gejala buli dapat dikurangkan dan kesedaran bahaya buli dalam kalangan murid dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa melalui usaha berterusan yang telah dilaksanakan. KPM amat berharap kerjasama dan sokongan masyarakat khususnya ibu bapa dalam mendidik serta mengawasi anak-anak dipertingkatkan agar mereka terhindar daripada terjebak dalam salah laku buli," katanya.
Berita berkaitan
August 28, 2025, 8:11 am
Wan Saiful desak kerajaan naikkan cukai vape, risiko kesihatan belia jadi taruhan
August 27, 2025, 9:29 pm
Murid alami gegaran otak, Izzul Islam pengsan, loya dan muntah, dikejarkan ke hospital lagi
August 27, 2025, 7:10 pm
Tiada lagi kontrak runding terus, elak kronisme, ketirisan - Anwar
August 27, 2025, 3:52 pm
Papagomo dipenjara 30 hari kerana hina mahkamah
August 27, 2025, 3:46 pm
Dua pekerja kedai tomyam rentung dalam kebakaran di Pontian
August 27, 2025, 3:45 pm
Polis panggil Rafidah halang tugas pegawai mahkamah kosongkan kediaman penduduk Kampung Sungai Baru
August 27, 2025, 3:04 pm
Suami isteri di Seremban didenda RM6,000 gara-gara simpan daging Babi Bodoh
August 27, 2025, 2:50 pm