Berita Berita
Kor Ming terima hampir 100 sokongan dari penduduk berbilang kaum, RUU URA djangka dibentang di Parlimen esok

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Hampir 100 penduduk berbilang kaum menyerahkan memorandum sokongan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming bagi mempercepatkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) di Parlimen, hari ini.
Antara yang hadir termasuk wakil dari Desa Bakti, Selayang dan Flat Taman Maluri, Cheras.
Dalam catatan di X, Kor Ming memaklumkan penduduk terbabit berharap kerajaan segera membawa Akta URA ke Parlimen.
“Mereka meminta kerajaan segera membentangkan Akta URA dan ramai juga berharap wakil pembangkang tinggal sebentar di flat yang uzur dan daif untuk merasai sendiri kesukaran hidup mereka,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Datuk Dr Alias Rameli menjelaskan, pihaknya telah mengadakan libat urus melalui Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) dengan kerajaan negeri, termasuk empat negeri SG4 iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Menurut beliau, sesi libat urus itu diadakan selaras dengan Perkara 95A Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan Kerajaan Persekutuan berunding dengan kerajaan negeri berhubung dasar kerajaan tempatan.
“Sebahagian pandangan kerajaan negeri telah dimasukkan dalam RUU URA, termasuk berkaitan tanggungjawab mengenal pasti tapak yang berada di bawah kuasa negeri dengan bantuan pihak berkuasa tempatan. Kuasa mengisytiharkan dan mewartakan tapak bagi pelaksanaan projek PSB adalah sepenuhnya di bawah kerajaan negeri, kecuali di Wilayah Persekutuan,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
RUU URA dijadualkan dibentang untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat esok, dengan matlamat membangunkan semula kawasan perumahan lama yang uzur secara terancang, adil dan inklusif demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan bandar yang mampan.
Berita berkaitan
August 28, 2025, 8:11 am
Wan Saiful desak kerajaan naikkan cukai vape, risiko kesihatan belia jadi taruhan
August 27, 2025, 9:29 pm
Murid alami gegaran otak, Izzul Islam pengsan, loya dan muntah, dikejarkan ke hospital lagi
August 27, 2025, 7:10 pm
Tiada lagi kontrak runding terus, elak kronisme, ketirisan - Anwar
August 27, 2025, 3:52 pm
Papagomo dipenjara 30 hari kerana hina mahkamah
August 27, 2025, 3:46 pm
Dua pekerja kedai tomyam rentung dalam kebakaran di Pontian
August 27, 2025, 3:45 pm
Polis panggil Rafidah halang tugas pegawai mahkamah kosongkan kediaman penduduk Kampung Sungai Baru
August 27, 2025, 3:04 pm
Suami isteri di Seremban didenda RM6,000 gara-gara simpan daging Babi Bodoh
August 27, 2025, 2:50 pm
Segamat dilanda gegaran lemah, penduduk diminta bertenang
August 27, 2025, 2:40 pm