Berita Berita
Tiada lagi kontrak runding terus, elak kronisme, ketirisan - Anwar

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan budaya penganugerahan kontrak secara rundingan terus tidak boleh diteruskan kerana hanya membuka ruang kepada ketirisan, kronisme dan salah guna kuasa.
Menurut beliau, seluruh jentera kerajaan mesti tunduk kepada undang-undang dan bukannya menggunakan kuasa untuk mengatasi peraturan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika membentangkan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang (RUU) Perolehan Kerajaan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.
RUU berkenaan mengandungi 12 bahagian dan 93 fasal dengan matlamat memastikan pihak yang menguruskan perolehan dana kerajaan memikul tanggungjawab sepenuhnya.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri mengakui sukar untuk menghentikan budaya rundingan terus, namun menegaskan keberanian melakukan anjakan perlu demi menyelamatkan maruah negara dan menjamin warisan yang lebih baik untuk generasi akan datang.
“Berpayungkan Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat sebagai kerangka peralihan besar, usaha kita adalah untuk menaikkan siling dan lantai iaitu menstruktur semula ekonomi supaya bernilai tinggi, akhirnya memberi limpahan hasil yang dapat mengangkat darjat hidup rakyat.
“Tidak akan berjaya usaha menaikkan siling dan lantai tanpa tatakelola terbaik dalam pentadbiran yang mempertahan integriti institusi, ketegasan membanteras salah laku, pembaziran sumber serta rasuah, selain keutamaan menguruskan kewangan negara dengan telus, cekap dan berintegriti,” katanya.
Anwar turut mengingatkan bahawa sejarah kewangan negara penuh dengan pengajaran pahit, daripada skandal Maminco sekitar 1980-an, kejatuhan Bank Bumiputera, kerugian urus niaga Forex, tragedi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), perolehan kapal tempur pesisir (LCS) hingga kepada kes Jana Wibawa.
“Kesemua ini bukti nyata bahawa ketelusan dan pertanggungjawaban bukan lagi pilihan, malah tuntutan yang mesti kita laksanakan. Kita mesti memastikan tiada lagi pengulangan seumpamanya pada masa hadapan,” tegas beliau.
Berita berkaitan
August 28, 2025, 8:11 am
Wan Saiful desak kerajaan naikkan cukai vape, risiko kesihatan belia jadi taruhan
August 27, 2025, 9:29 pm
Murid alami gegaran otak, Izzul Islam pengsan, loya dan muntah, dikejarkan ke hospital lagi
August 27, 2025, 3:52 pm
Papagomo dipenjara 30 hari kerana hina mahkamah
August 27, 2025, 3:46 pm
Dua pekerja kedai tomyam rentung dalam kebakaran di Pontian
August 27, 2025, 3:45 pm
Polis panggil Rafidah halang tugas pegawai mahkamah kosongkan kediaman penduduk Kampung Sungai Baru
August 27, 2025, 3:04 pm
Suami isteri di Seremban didenda RM6,000 gara-gara simpan daging Babi Bodoh
August 27, 2025, 2:50 pm
Segamat dilanda gegaran lemah, penduduk diminta bertenang
August 27, 2025, 2:40 pm