TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Segamat dilanda gegaran lemah, penduduk diminta bertenang

By
|
Kongsi
image

JOHOR BAHRU 27 Ogos – Penduduk Segamat dinasihatkan supaya bertenang selepas daerah itu dilanda gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 pagi tadi, dan mendapatkan maklumat terkini hanya daripada sumber rasmi seperti Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Segamat, Mohd Ezzuddin Sanusi, berkata setakat ini tiada sebarang laporan kerosakan, kecederaan atau kemalangan jiwa diterima.

Menurutnya, pihak keselamatan bersama agensi berkaitan kini melakukan pemantauan lanjut bagi memastikan keadaan selamat.

“Orang ramai diminta tidak menyebarkan maklumat tidak sahih. Sebarang insiden kecemasan susulan gegaran perlu segera dilaporkan kepada pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Segamat akan terus menyalurkan maklumat terkini bagi menjamin keselamatan penduduk.

Terdahulu, gegaran jam 8.59 pagi itu dapat dirasai di sekitar Segamat, kawasan berhampiran serta beberapa daerah di Johor dan selatan Pahang.

Ahad lalu, gempa bumi lemah bermagnitud 4.1 turut dikesan berlaku di Segamat sekitar jam 6.13 pagi, namun tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan. - Media Telus

+ - reset