Berita Berita
Dua pekerja kedai tomyam rentung dalam kebakaran di Pontian

PONTIAN 27 Ogos – Dua pekerja kedai tomyam warga Thailand maut selepas rumah yang mereka diami di Batu 36, Jalan Pontian, terbakar pagi tadi.
Mangsa, dikenali sebagai Masabuding, 37, dan Nasri, 31, ditemukan rentung dengan kesan melecur antara 80 hingga 95 peratus.
Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Mahadir Mamat, berkata seorang mangsa ditemukan di bahagian tingkap manakala seorang lagi di bawah runtuhan bumbung.
“Kedua-dua mangsa dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri selepas kediaman sewa mereka terbakar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Seorang lagi penghuni rumah, lelaki berusia 40-an, cedera parah dengan kesan melecur pada 40 peratus tubuh. Dua lagi cedera ringan, manakala seorang terselamat tanpa sebarang kecederaan.
Menurut Mahadir, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11 pagi sebelum 15 anggota dari BBP Pontian Baru dan Pekan Nenas dikejarkan ke lokasi.
Kebakaran itu memusnahkan kira-kira 80 peratus rumah dua tingkat berkenaan.
“Ketika kejadian terdapat tujuh penghuni dalam rumah terbabit. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
August 28, 2025, 8:11 am
Wan Saiful desak kerajaan naikkan cukai vape, risiko kesihatan belia jadi taruhan
August 27, 2025, 9:29 pm
Murid alami gegaran otak, Izzul Islam pengsan, loya dan muntah, dikejarkan ke hospital lagi
August 27, 2025, 7:10 pm
Tiada lagi kontrak runding terus, elak kronisme, ketirisan - Anwar
August 27, 2025, 3:52 pm
Papagomo dipenjara 30 hari kerana hina mahkamah
August 27, 2025, 3:45 pm
Polis panggil Rafidah halang tugas pegawai mahkamah kosongkan kediaman penduduk Kampung Sungai Baru
August 27, 2025, 3:04 pm
Suami isteri di Seremban didenda RM6,000 gara-gara simpan daging Babi Bodoh
August 27, 2025, 2:50 pm
Segamat dilanda gegaran lemah, penduduk diminta bertenang
August 27, 2025, 2:40 pm