Berita Berita
Murid alami gegaran otak, Izzul Islam pengsan, loya dan muntah, dikejarkan ke hospital lagi

JOHOR BAHRU 27 Ogos – Murid Tahun Empat, Izzul Islam Azuan Isaidi, yang sebelum ini mengalami kecederaan gegaran otak selepas didakwa dipukul pelajar senior pada 7 Ogos lalu, sekali lagi dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Puteri di sini hari ini.
Ibunya, Siti Suhana Misdi, 39, berkata keadaan kesihatan anaknya yang berusia 10 tahun merosot selepas dibenarkan pulang dari hospital pada 20 Ogos lalu.
“Selepas keluar hospital, doktor menasihatkan kami membuat pemantauan di rumah. Namun sejak tiga hari lalu, Izzul mengadu sakit kepala, loya dan muntah.
“Kemuncaknya, dia pengsan hari ini sebelum doktor meminta kami segera membawanya ke hospital dan sekali lagi ditempatkan di wad,” katanya ketika dihubungi pemberita.
Siti Suhana turut merayu orang ramai agar mendoakan kesihatan anak keempat daripada enam beradik itu agar kembali pulih.
Terdahulu, Izzul yang juga pesakit kanser hidung dimasukkan ke hospital pada 12 Ogos selepas didakwa menjadi mangsa pukul dalam dua kejadian berasingan di sebuah sekolah agama dan sekolah kebangsaan di Skudai.
Dalam kejadian berkenaan, mangsa bukan sahaja dipukul dan dihentak di kepala, malah dipaksa berbogel oleh murid Tahun Enam dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati selepas kakak mangsa menolak cinta pelajar terbabit.
Berita berkaitan
August 28, 2025, 8:11 am
Wan Saiful desak kerajaan naikkan cukai vape, risiko kesihatan belia jadi taruhan
August 27, 2025, 7:10 pm
Tiada lagi kontrak runding terus, elak kronisme, ketirisan - Anwar
August 27, 2025, 3:52 pm
Papagomo dipenjara 30 hari kerana hina mahkamah
August 27, 2025, 3:46 pm
Dua pekerja kedai tomyam rentung dalam kebakaran di Pontian
August 27, 2025, 3:45 pm
Polis panggil Rafidah halang tugas pegawai mahkamah kosongkan kediaman penduduk Kampung Sungai Baru
August 27, 2025, 3:04 pm
Suami isteri di Seremban didenda RM6,000 gara-gara simpan daging Babi Bodoh
August 27, 2025, 2:50 pm
Segamat dilanda gegaran lemah, penduduk diminta bertenang
August 27, 2025, 2:40 pm