TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Aminuddin ganti Rafizi dalam Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Ahli Parlimen Port Dickson merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat bagi penggal Parlimen ke-15 menggantikan Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli (PH-Pandan).

Usul pelantikan itu dibentangkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran mengikut Peraturan 76 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat sebelum diluluskan dengan suara majoriti ahli Parlimen.

Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan turut dianggotai enam ahli jawatankuasa lain. Antara yang menganggotainya ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (GPS-Petra Jaya), Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (PH-Seremban) serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) turut menganggotai jawatankuasa berkenaan. - Media Telus

+ - reset