Berita Berita
Polis gempur pusat scam dalam talian di Bangsar, 400 individu kena angkut

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Seramai 400 individu terdiri daripada warga tempatan dan asing, termasuk wanita, ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam sindiket penipuan dalam talian dalam satu serbuan besar di sebuah premis di Bangsar South di sini, kelmarin.
Difahamkan, operasi dijalankan kira-kira jam 11 pagi itu selepas polis menerima maklumat awam dan hasil risikan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman bersama Kontinjen Kuala Lumpur.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengesahkan serbuan serta penahanan tersebut, namun enggan mengulas lanjut.
"Siasatan masih berjalan memandangkan tangkapan dilakukan begitu ramai. Satu sidang media khas akan diadakan dalam masa terdekat," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Terdahulu, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan serbuan polis itu menumpaskan sindiket perjudian dan penipuan dalam talian terbesar di ibu negara, selepas ratusan individu ditahan dalam operasi membabitkan sebuah bangunan komersial di Bangsar South.
Menurut laporan itu, operasi berkenaan melibatkan sekurang-kurangnya lima tingkat bangunan yang dipercayai dijadikan pusat panggilan sindiket terbabit.
Difahamkan, kumpulan lelaki dan wanita yang ditahan dibawa dengan tujuh kenderaan polis secara berperingkat ke balai berhampiran untuk siasatan lanjut.
Tangkapan tersebut turut mencetuskan spekulasi di media sosial yang mendakwa bangunan berkenaan mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat atau broker dalam talian.
Syarikat itu didakwa tidak memiliki lesen Bank Negara Malaysia (BNM) selain berdepan rungutan pelanggan yang gagal mengeluarkan wang.
Berita berkaitan
August 28, 2025, 10:14 pm
Segamat dilanda gempa bumi ke-4 malam ini
August 28, 2025, 9:36 pm
‘Kami mohon tangguh inkues bukan lengahkan keadilan’ - Peguam bela kes Zara Qairina
August 28, 2025, 9:16 pm
PLUS jangka 2.2 juta kenderaan sehari sempena cuti Hari Kebangsaan
August 28, 2025, 9:08 pm
RUU Perolehan Kerajaan 2025 hanya mukadimah reformasi – Anwar
August 28, 2025, 9:07 pm
Penantian 7 tahun berakhir, pekerja gig akan diiktiraf di sisi undang-undang - Zahid Hamidi
August 28, 2025, 8:05 pm
Beyond Education Malaysia raih Anugerah Kepimpinan Pendidikan Perubatan 2025
August 28, 2025, 6:36 pm
Felda umum FGV secara rasmi keluar Bursa Malaysia bermula hari ini
August 28, 2025, 6:17 pm
Gangguan elektrik di KLIA2 cemar imej negara - Anthony Loke
August 28, 2025, 5:54 pm