Berita Berita
'Itu kes yang dilaporkan, yang tak lapor?' - Pakar pendidikan bimbang purata laporan 40 kes buli sehari di sekolah

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Secara purata, sebanyak 40 kes buli dilaporkan setiap hari persekolahan pada tahun lalu, dedah pakar pendidikan, Dr Anuar Ahmad, susulan laporan Kementerian Pendidikan mengenai peningkatan kes berkenaan.
Menurut laporan bertulis yang dikemukakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di laman web Parlimen, sebanyak 7,681 kes buli berlaku di sekolah sepanjang 2024, meningkat berbanding 6,528 kes pada 2023.
“Tolak cuti dan hujung minggu, jumlah hari persekolahan di negara ini sekitar 190 hari. Pelajar asrama juga biasanya pulang ke rumah masing-masing apabila cuti sekolah.
“Secara kasar, bila dihitung terdapat 7,681 kes buli di sekolah kepada 190 hari persekolahan, secara purata berlaku 40 kes buli sehari pada 2024. Sangat tinggi!!” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Anuar yang juga Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA UKM), menegaskan angka itu membimbangkan kerana mangsa buli boleh mengalami trauma dan kesan psikologi seumur hidup.
“Jika dijumlahkan kes buli tahun 2023 (6,528 kes) dan 2024 (7,681 kes), maksudnya sudah terdapat sekurang-kurangnya 14,209 kes yang menjadi mangsa buli di sekolah kita untuk dua tahun terakhir.
“Bagaimana pula dengan kes buli yang tidak dilaporkan kerana bimbang dengan keselamatan diri, malu atau sebagainya? Tiada siapa tahu jumlahnya,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan Ahli Parlimen membangkitkan persoalan di Dewan Rakyat mengenai usaha berkesan yang telah dan sedang dilakukan bagi membendung kes buli yang semakin meningkat.
“Sejak 2023, apa usaha berkesan yang telah diambil bagi pencegahan kes buli di sekolah? Jika berkesan, mengapa kes buli di sekolah terus meningkat?
“Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang patut tanya KPM di Dewan Rakyat. Ini soal keselamatan dan masa depan anak-anak kita,” katanya.
Fadhlina turut memaklumkan bahawa angka 7,681 kes buli yang direkodkan tahun lalu berdasarkan data sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM), melibatkan 1,992 kes di sekolah rendah dan 5,689 kes di sekolah menengah.
Berita berkaitan
August 28, 2025, 10:14 pm
Segamat dilanda gempa bumi ke-4 malam ini
August 28, 2025, 9:36 pm
‘Kami mohon tangguh inkues bukan lengahkan keadilan’ - Peguam bela kes Zara Qairina
August 28, 2025, 9:16 pm
PLUS jangka 2.2 juta kenderaan sehari sempena cuti Hari Kebangsaan
August 28, 2025, 9:08 pm
RUU Perolehan Kerajaan 2025 hanya mukadimah reformasi – Anwar
August 28, 2025, 9:07 pm
Penantian 7 tahun berakhir, pekerja gig akan diiktiraf di sisi undang-undang - Zahid Hamidi
August 28, 2025, 8:05 pm
Beyond Education Malaysia raih Anugerah Kepimpinan Pendidikan Perubatan 2025
August 28, 2025, 6:36 pm
Felda umum FGV secara rasmi keluar Bursa Malaysia bermula hari ini
August 28, 2025, 6:17 pm
Gangguan elektrik di KLIA2 cemar imej negara - Anthony Loke
August 28, 2025, 5:54 pm