Berita Berita
Anwar: Asia perlu tulis semula agenda ekonomi global

TIANJIN 1 Sept. – Asia perlu menerajui era baharu orde ekonomi global dengan menulis semula lembaran agendanya sendiri serta menentukan hala tuju masa depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, negara-negara Asia harus memikul tanggungjawab bagi memastikan masa depan ekonomi dunia turut ditentukan oleh rantau ini.
“Landskap ekonomi global masa kini dipenuhi gangguan berterusan, kebimbangan dan pemecahan yang semakin ketara. Namun keadaan ini seharusnya dilihat sebagai peluang untuk memperkukuh kerjasama antara negara,” katanya.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, menegaskan tugas Asia adalah memastikan cabaran semasa menjadi titik tolak kepada perpaduan yang lebih adil, bukannya mukadimah kepada perpecahan lebih parah.
“Asia merupakan enjin pertumbuhan global, tempat majoriti anak muda dunia, dan pusat kepada kebanyakan teknologi paling dinamik. Kita bukan sekadar objek dalam strategi pihak lain, tetapi penentu kepada takdir kita sendiri,” katanya ketika menyampaikan syarahan umum di Universiti Tianjin, di sini, pada Isnin. - Media Telus
Berita berkaitan
September 1, 2025, 9:10 pm
MyKasih tingkat 60 peratus kapasiti terminal SARA, 1.45 juta transaksi direkod setakat ini
September 1, 2025, 9:01 pm
Pelajar Tingkatan 6 di Kedah antara ditahan positif dadah selepas bercuti di Thailand
September 1, 2025, 8:42 pm
Penunggang basikal maut dirempuh dua kali dalam kemalangan di Sungai Buloh
September 1, 2025, 7:32 pm
Rakyat Malaysia ditahan di Thailand bawa raifal M4, ratusan peluru
September 1, 2025, 4:25 pm
SPRM digesa siasat konsesi Menara KL didakwa libatkan anak menteri
September 1, 2025, 4:18 pm
Trafik sesak arah masuk Kuala Lumpur susulan cuti panjang
September 1, 2025, 3:57 pm
Tiga kenderaan disita dalam Ops Ulat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
September 1, 2025, 3:51 pm