Berita Berita
Penunggang basikal maut dirempuh dua kali dalam kemalangan di Sungai Buloh

SUNGAI BULOH 1 Sept – Seorang lelaki warga Bangladesh maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Persiaran BRP 1, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 7.55 malam.
“Siasatan awal mendapati mangsa berusia 40 tahun menunggang basikal ketika cuba melintas jalan sebelum dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dari arah Bukit Rahman Putra.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak ke atas jalan sebelum dilanggar pula oleh sebuah motosikal dan sebuah lagi MPV, menyebabkan mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang awam yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Che Hassan Ambok di talian 013-394 0423 atau Bilik Gerakan IPD Sungai Buloh di talian 03-61561222.
Berita berkaitan
September 1, 2025, 9:10 pm
MyKasih tingkat 60 peratus kapasiti terminal SARA, 1.45 juta transaksi direkod setakat ini
September 1, 2025, 9:01 pm
Pelajar Tingkatan 6 di Kedah antara ditahan positif dadah selepas bercuti di Thailand
September 1, 2025, 7:32 pm
Rakyat Malaysia ditahan di Thailand bawa raifal M4, ratusan peluru
September 1, 2025, 4:25 pm
SPRM digesa siasat konsesi Menara KL didakwa libatkan anak menteri
September 1, 2025, 4:18 pm
Trafik sesak arah masuk Kuala Lumpur susulan cuti panjang
September 1, 2025, 3:57 pm
Tiga kenderaan disita dalam Ops Ulat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
September 1, 2025, 3:51 pm
Anggota TUDM hilang lebih seminggu, polis minta bantuan orang ramai
September 1, 2025, 3:40 pm