Berita Berita
Anggota TUDM hilang lebih seminggu, polis minta bantuan orang ramai

SERDANG 1 Sept. – Polis kini mengesan seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berusia 27 tahun yang dilaporkan hilang lebih seminggu lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, mangsa, Muhammad Ammar Mohd Ariffin, sedang mengikuti kursus penyeliaan kenderaan di Institut Latihan Pengurusan Material (Insmat), Bandar Kinrara.
Beliau berkata, kali terakhir mangsa dilihat ialah pada 23 Ogos kira-kira jam 4.30 petang ketika mandi di Sungai Kedondong, Batang Kali bersama tiga rakannya yang juga anggota TUDM.
“Pada 24 Ogos kira-kira jam 6 petang, rakan sebiliknya cuba menghubungi tetapi telefon bimbit mangsa didapati telah ditutup,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, seorang anggota TUDM membuat laporan kehilangan pada 25 Ogos selepas mangsa gagal hadir ke kursus berkenaan.
“Kes ini disiasat sebagai orang hilang. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung mangsa untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Sukri Che Mat di talian 03-80762222 atau 03-80713136,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
September 1, 2025, 9:10 pm
MyKasih tingkat 60 peratus kapasiti terminal SARA, 1.45 juta transaksi direkod setakat ini
September 1, 2025, 9:01 pm
Pelajar Tingkatan 6 di Kedah antara ditahan positif dadah selepas bercuti di Thailand
September 1, 2025, 8:42 pm
Penunggang basikal maut dirempuh dua kali dalam kemalangan di Sungai Buloh
September 1, 2025, 7:32 pm
Rakyat Malaysia ditahan di Thailand bawa raifal M4, ratusan peluru
September 1, 2025, 4:25 pm
SPRM digesa siasat konsesi Menara KL didakwa libatkan anak menteri
September 1, 2025, 4:18 pm
Trafik sesak arah masuk Kuala Lumpur susulan cuti panjang
September 1, 2025, 3:57 pm
Tiga kenderaan disita dalam Ops Ulat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
September 1, 2025, 3:40 pm