Berita Berita
MyKasih tingkat 60 peratus kapasiti terminal SARA, 1.45 juta transaksi direkod setakat ini

KUALA LUMPUR 1 Sept - Yayasan MyKasih meningkatkan kapasiti pemprosesan terminal Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak 60 peratus bagi memastikan kelancaran transaksi di seluruh negara.
Menurut kenyataan di Facebook hari ini, pasukan teknikal yayasan itu terus memantau prestasi sistem secara aktif dan mengambil tindakan segera bagi menambah baik keupayaan sistem dari semasa ke semasa.
“Sehingga jam 5 petang, hampir 600,000 transaksi berjaya disempurnakan, iaitu peningkatan 20 peratus berbanding tempoh sama semalam.
“Secara keseluruhan, sebanyak 1.45 juta transaksi SARA dan Penghargaan SARA telah dicatatkan dalam tempoh dua hari dengan nilai perbelanjaan rakyat mencecah RM91 juta di seluruh negara,” katanya.
Bagaimanapun, kadar pemprosesan transaksi perlahan masih dilaporkan di beberapa lokasi, khususnya di Selangor, Perak, Sabah dan Melaka.
“Keadaan ini mungkin berpunca daripada jumlah pembeli yang tinggi sempena cuti hujung minggu panjang. Bagi mengatasinya, staf MyKasih ditempatkan di pasar raya besar terpilih untuk membantu menyelesaikan isu di lapangan serta memberi sokongan kepada peniaga,” jelas kenyataan itu.
Orang ramai dinasihatkan supaya merancang pembelian pada waktu bukan puncak, seperti pada waktu pagi hari bekerja, bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan pengalaman membeli-belah lebih lancar.
Kredit RM100 Penghargaan SARA sah sehingga 31 Disember 2025 dan boleh digunakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara.
Berita berkaitan
September 1, 2025, 9:01 pm
Pelajar Tingkatan 6 di Kedah antara ditahan positif dadah selepas bercuti di Thailand
September 1, 2025, 8:42 pm
Penunggang basikal maut dirempuh dua kali dalam kemalangan di Sungai Buloh
September 1, 2025, 7:32 pm
Rakyat Malaysia ditahan di Thailand bawa raifal M4, ratusan peluru
September 1, 2025, 4:25 pm
SPRM digesa siasat konsesi Menara KL didakwa libatkan anak menteri
September 1, 2025, 4:18 pm
Trafik sesak arah masuk Kuala Lumpur susulan cuti panjang
September 1, 2025, 3:57 pm
Tiga kenderaan disita dalam Ops Ulat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
September 1, 2025, 3:51 pm
Anggota TUDM hilang lebih seminggu, polis minta bantuan orang ramai
September 1, 2025, 3:40 pm