TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

SPRM digesa siasat konsesi Menara KL didakwa libatkan anak menteri

By
|
Kongsi
image

HULU LANGAT 1 Sept. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa segera menyiasat isu penganugerahan konsesi Menara Kuala Lumpur yang didakwa diberikan kepada anak seorang menteri.

Ketua Penerangan Bersatu Hulu Langat, Mohamad Shafiq Abdul Halim berkata, pendedahan itu dibuat Ahli Parlimen PN Grik, Fathul Huzir, berdasarkan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Beliau kesal kerana sehingga kini SPRM belum memanggil mana-mana wakil rakyat PN untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung dakwaan berunsur rasuah atau salah guna kuasa itu.

“Adakah pendedahan tersebut terlepas daripada perhatian SPRM? Kita harap SPRM jalankan siasatan telus dan jelaskan sama ada pemilihan syarikat dibuat berdasarkan merit atau sebaliknya,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, budaya kronisme dan nepotisme tidak sepatutnya diamalkan selepas lebih enam dekad negara merdeka. Projek kerajaan bernilai tinggi, tegasnya, tidak wajar diberikan kepada ahli keluarga atau rakan terdekat pemimpin kerana bercanggah dengan prinsip keadilan dan ketelusan.

Mohamad Shafiq menambah, PN akan menjadikan usaha menamatkan amalan sedemikian sebagai salah satu teras manifesto pilihan raya akan datang sekiranya diberi mandat mentadbir negara. - Media Telus

+ - reset