Berita Berita
Rakyat Malaysia ditahan di Thailand bawa raifal M4, ratusan peluru

KUALA LUMPUR 1 Sept - Seorang lelaki warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Thailand selepas pemeriksaan menemui dua laras raifal M4 bersama lebih 450 butir peluru di dalam kereta dipandunya di Sadao, Songkhla, kelmarin.
Media Thailand melaporkan suspek berusia lingkungan 40-an itu ditahan pada jam 5.35 petang ketika melalui sekatan jalan raya di Jalan Kanchanawanit, berhampiran Pondok Polis Ban Dan Nok, Samnak Kham.
Pemeriksaan ke atas kereta Kia Optima bernombor pendaftaran Malaysia menemui dua raifal M4, 300 butir peluru 5.56 milimeter (mm), 100 butir peluru kaliber .45, 50 butir peluru 9mm serta tujuh magazin.
Menurut laporan, siasatan awal mendapati suspek mengaku diupah seorang lelaki untuk menyeludup senjata api ke Malaysia. Senjata berkenaan diambil di Songkhla sebelum diarahkan bermalam di Dannok, namun ditahan lebih awal.
Siasatan lanjut turut mendedahkan suspek mempunyai dua rekod sabitan di Malaysia membabitkan kes serangan dan pengedaran dadah, selain kerap berulang-alik ke negara itu.
Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, berkata pihaknya belum menerima pemakluman rasmi daripada Thailand berhubung penahanan itu dan hanya mengetahui melalui laporan media negara jiran.
Berita berkaitan
September 1, 2025, 9:10 pm
MyKasih tingkat 60 peratus kapasiti terminal SARA, 1.45 juta transaksi direkod setakat ini
September 1, 2025, 9:01 pm
Pelajar Tingkatan 6 di Kedah antara ditahan positif dadah selepas bercuti di Thailand
September 1, 2025, 8:42 pm
Penunggang basikal maut dirempuh dua kali dalam kemalangan di Sungai Buloh
September 1, 2025, 4:25 pm
SPRM digesa siasat konsesi Menara KL didakwa libatkan anak menteri
September 1, 2025, 4:18 pm
Trafik sesak arah masuk Kuala Lumpur susulan cuti panjang
September 1, 2025, 3:57 pm
Tiga kenderaan disita dalam Ops Ulat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
September 1, 2025, 3:51 pm
Anggota TUDM hilang lebih seminggu, polis minta bantuan orang ramai
September 1, 2025, 3:40 pm