TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Trafik sesak arah masuk Kuala Lumpur susulan cuti panjang

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA 1 Sept. – Aliran trafik menuju ke ibu kota dilaporkan sesak apabila orang ramai pulang daripada bercuti panjang hujung minggu.

Tinjauan melalui televisyen litar tertutup (CCTV) Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) mendapati kesesakan berlaku di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, khususnya dari arah Pantai Timur.

Kesibukan trafik dilaporkan dari Bentong hingga Bukit Tinggi dan berterusan ke Genting Sempah menuju ke Plaza Tol Gombak, setakat jam 3.45 petang.

Di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) E1, trafik bertali arus dari Permatang Pauh ke Perai, Kuala Kangsar ke Terowong Meru, Gopeng ke Sungkai serta Tanjung Malim ke Bukit Beruntung.

Sementara itu, di Lebuh Raya PLUS E2 arah utara, kenderaan bergerak perlahan dari Jasin ke Ayer Keroh, R&R Ayer Keroh ke persimpangan Ayer Keroh serta dari Pedas Linggi ke Seremban.

Keadaan hujan turut menyumbang kepada pergerakan trafik yang semakin perlahan di lebuh raya utama terbabit. - Media Telus

+ - reset