Berita Berita
Lelaki hilang sejak 2 September selepas keluar ke bandar Muar keluarkan wang pencen arwah bapa

MUAR 9 Sept - Seorang lelaki dilaporkan hilang sejak 2 September lalu selepas keluar ke bandar Muar untuk mengeluarkan wang pencen arwah bapanya, dan polis kini giat menjalankan usaha mengesannya.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mangsa Sabri Sipun keluar dari rumahnya di Kampung Jawa Panchor menaiki motosikal Demak 100cc berwarna hitam.
"Berdasarkan maklumat orang awam, mangsa kali terakhir dilihat menunggang motosikal di kawasan Serom, Sungai Mati menghala ke Muar kira-kira 5 petang pada 2 September.
"Pelbagai tindakan pencarian telah dilaksanakan oleh pihak polis bersama penduduk setempat di sekitar Kampung Panchor, Pekan Bukit Gambir dan bandar Muar, namun setakat ini mangsa masih belum ditemui,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Raiz Mukhliz berkata, mangsa berbadan kurus dan berwajah lonjong, kali terakhir dilihat memakai baju lengan panjang berkolar berwarna putih kelabu, seluar slek panjang berwarna coklat serta membawa beg kantung berwarna merah.
Beliau berkata, laporan mengenai kehilangan itu dibuat di Balai Polis Panchor.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan atau mengenali mangsa diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Panchor di talian 06-987 1222, Hotline IPD Muar 06-956 4800, atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Rizal Mat Nasir di talian 019-921 9769,” katanya. - Bernama
Berita berkaitan
September 9, 2025, 3:24 pm
Keputusan representasi CEO GISBH dan 21 pemimpin tertinggi ditetapkan 30 Oktober
September 9, 2025, 2:51 pm
MCMC teruskan siasatan isu dakwaan Muhyiddin berkaitan subsidi RON95
September 9, 2025, 2:49 pm
RM170 juta dikaitkan dengan Ismail Sabri kini sah jadi milik kerajaan – Azam Baki
September 9, 2025, 2:41 pm
37 akaun bank bernilai RM17.5 juta dibeku, pegawai kanan DBKL antara ditahan - Azam Baki
September 9, 2025, 2:21 pm
Kakitangan PETRONAS terima SMS ugutan, polis siasat fasiliti LNG diancam - Fadillah
September 9, 2025, 1:49 pm
Penganggur didakwa pandu berbahaya, rempuh anak polis hingga maut di Seremban
September 9, 2025, 1:30 pm
Audit dalaman yang telus penting bendung rasuah, ketirisan - Anwar
September 9, 2025, 1:00 pm
SPRM siasat aset Tun M di UK, tunggu maklumat pihak berkuasa - Azam Baki
September 9, 2025, 12:09 pm
Siasatan Ops Sky selesai, 20 pegawai bank bakal didakwa babit RM250 juta aset - Azam Baki
September 9, 2025, 11:57 am