TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ribut hempap dua kenderaan di Kuala Lipis, seorang cedera

By
|
Kongsi
image

KUALA LIPIS 9 Sept. – Seorang lelaki berusia 40 tahun cedera manakala seorang lagi pemandu terselamat selepas dua kenderaan dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut di Jalan Datuk Mahmud, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 6.45 petang ketika sebuah kereta dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sedang melalui jalan berkenaan sebelum dirempuh pokok tumbang akibat angin kencang.

“Akibat kejadian itu, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk dan pemandu kereta berusia 40 tahun mengalami kecederaan.

“Bagaimanapun, pemandu MPV terselamat walaupun terperangkap seketika di dalam kenderaan yang dihempap,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata seramai sembilan anggota dari Balai Bomba Kuala Lipis dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 6.53 petang.

“Setibanya pasukan bomba, didapati pemandu MPV masih terperangkap dalam kenderaan yang dihempap. Anggota bertugas kemudian melakukan kerja pemotongan dan pengalihan dahan pokok untuk mengeluarkan mangsa,” jelasnya.

Beliau menambah, operasi menyelamat berjaya diselesaikan dengan cepat tanpa melibatkan sebarang kehilangan nyawa. - Media Telus

+ - reset