TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Abang maut dipanah petir ketika cari adik di tapak projek CSR

By
|
Kongsi
image

RAUB 9 Sept. – Hasrat seorang lelaki untuk mencari adiknya berakhir dengan tragedi apabila dia maut selepas dipanah petir dalam kejadian di tapak Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Kuala Atok, Sega, Dong di sini pada Isnin malam.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman, berkata insiden berlaku kira-kira jam 7.30 malam ketika mangsa dipercayai keluar mencari adiknya yang sedang bekerja di kawasan projek berkenaan.

Menurut beliau, mangsa berasal dari Kuala Lumpur dan baru sahaja tiba di lokasi itu pada Ahad lalu untuk menziarahi adiknya. Sejak itu, mangsa tinggal sementara di rumah kongsi berhampiran bersama saudaranya.

“Bagaimanapun, ketika keluar mencari adiknya pada petang kejadian, mangsa dipercayai terkena panahan petir sebelum rebah di lokasi kejadian.

“Mangsa kemudian dibawa segera ke Klinik Kesihatan Benta, Kuala Lipis, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mohd Shahril berkata, hasil pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati terdapat kesan koyakan pada bahagian kiri seluar yang dipercayai akibat terkena sambaran petir.

Beliau menambah, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati terutama ketika berada di kawasan terbuka pada waktu hujan lebat dan ribut petir. - Media Telus

+ - reset