Berita Berita
RUU PSB: Penilaian baik pulih atau roboh dibuat secara objektif, telus - Kor Ming

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Keputusan sama ada sesuatu bangunan akan dibaik pulih atau dirobohkan di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) akan dilaksanakan secara objektif, adil dan berlandaskan bukti teknikal serta perundangan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Beliau menegaskan, langkah itu selari dengan prinsip keadilan, kesejahteraan dan kelestarian yang ditekankan Kerajaan MADANI, selain memastikan proses penilaian dilakukan secara menyeluruh dan telus.
Menurutnya, pihak berkuasa negeri (PBN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) memainkan peranan penting dalam mengenal pasti kawasan berpotensi PSB melalui penyediaan rancangan struktur negeri dan rancangan tempatan. Proses ini dilaksanakan selaras peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982.
Semasa publisiti rancangan pemajuan, pemilik hartanah yang terlibat boleh menyatakan pandangan atau bantahan terhadap cadangan kawasan PSB, sementara PBT pula akan mengadakan sesi pendengaran bantahan untuk meneliti setiap maklum balas. Selain itu, sesi libat urus bersama pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan, badan profesional, NGO dan komuniti setempat turut diadakan bagi memastikan suara rakyat sentiasa didengari.
Kor Ming berkata, bagi bangunan yang dikenal pasti tidak selamat, pemeriksaan visual terperinci akan dijalankan oleh jurutera profesional berdaftar mengikut peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa penilaian PSB dibuat dalam dua peringkat. Peringkat pertama membabitkan penilaian awal terhadap struktur fizikal, kesesuaian guna tanah, impak sosial dan nilai sejarah bangunan. Peringkat kedua pula melibatkan penilaian teknikal menyeluruh berdasarkan laporan cadangan, kajian kebolehlaksanaan, pelan perniagaan serta sesi rundingan bersama pemilik dan pihak berkepentingan.
“Penilaian teknikal serta proses libat urus yang teliti membuktikan komitmen kerajaan untuk memastikan setiap keputusan dibuat berdasarkan fakta, kepentingan awam dan kelestarian pembangunan bandar,” katanya melalui jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen. – Media Telus
Berita berkaitan
September 9, 2025, 3:24 pm
Keputusan representasi CEO GISBH dan 21 pemimpin tertinggi ditetapkan 30 Oktober
September 9, 2025, 2:51 pm
MCMC teruskan siasatan isu dakwaan Muhyiddin berkaitan subsidi RON95
September 9, 2025, 2:49 pm
RM170 juta dikaitkan dengan Ismail Sabri kini sah jadi milik kerajaan – Azam Baki
September 9, 2025, 2:41 pm
37 akaun bank bernilai RM17.5 juta dibeku, pegawai kanan DBKL antara ditahan - Azam Baki
September 9, 2025, 2:21 pm
Kakitangan PETRONAS terima SMS ugutan, polis siasat fasiliti LNG diancam - Fadillah
September 9, 2025, 1:49 pm
Penganggur didakwa pandu berbahaya, rempuh anak polis hingga maut di Seremban
September 9, 2025, 1:30 pm
Audit dalaman yang telus penting bendung rasuah, ketirisan - Anwar
September 9, 2025, 1:00 pm
SPRM siasat aset Tun M di UK, tunggu maklumat pihak berkuasa - Azam Baki
September 9, 2025, 12:09 pm
Siasatan Ops Sky selesai, 20 pegawai bank bakal didakwa babit RM250 juta aset - Azam Baki
September 9, 2025, 11:57 am