TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Penerimaan SSPA capai 99.9 peratus dalam kalangan penjawat awam

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mendapat sambutan amat baik apabila 99.9 peratus penjawat awam memilih untuk menerima opsyen yang ditawarkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, berkata daripada 1,513,058 penjawat awam yang selesai membuat pilihan, seramai 1,511,418 orang menerima opsyen SSPA, manakala hanya 1,640 orang menolak.

“Angka ini jelas menunjukkan kadar penerimaan amat baik, hampir keseluruhan penjawat awam bersetuju dengan pelaksanaan skim ini,” katanya menerusi jawapan bertulis di laman web Parlimen.

Beliau menjelaskan, proses pemilihan opsyen berlangsung 40 hari dari 21 Oktober hingga 30 November 2024, sebelum Pekeliling Perkhidmatan SSPA mula berkuat kuasa pada 1 Disember tahun sama.

Sepanjang tempoh itu, 99.86 peratus penjawat awam Persekutuan dan 74.92 peratus penjawat awam negeri telah membuat pilihan opsyen.

Mengulas mengenai kenaikan pangkat secara ‘one-off’ bagi kumpulan pengurusan dan profesional, Dr Zaliha berkata ia hanya akan dilaksanakan mengikut kekosongan jawatan serta syarat perkhidmatan yang ditetapkan. – Media Telus

+ - reset