TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pemotong rumput selisih ajal terjatuh lubang enam meter semasa kerja pembersihan di Semenyih

By
|
Kongsi
image

SEMENYIH 8 Sept - Seorang pemotong rumput nyaris maut selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam enam meter ketika melakukan kerja-kerja pembersihan berdekatan Simpang Tiga Sungai Lui, Jalan ke Kuala Klawang menghala ke Genting Peras di sini pada Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.29 petang.

Beliau berkata, seramai lima anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dengan bantuan BBP Bandar Tun Hussein Onn (BTHO) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi pada jam 5.05 petang mendapati terdapat seorang lelaki warga Myanmar berusia 45 tahun terjatuh ke dalam lubang sedalam enam meter.

“Mangsa ketika itu sedang menjalankan kerja-kerja memotong rumput sebelum terjatuh,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, kerja-kerja menyelamat dijalankan dengan mengeluarkan mangsa dari dalam lubang berkenaan.

“Mangsa ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan serius,” katanya.

+ - reset