Berita Berita
Remaja perempuan maut dipercayai terjun dari tingkat 21 pangsapuri

GEORGE TOWN 15 Sept – Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditemukan maut selepas dipercayai terjun dari tingkat 21 sebuah pangsapuri di Paya Terubong, di sini malam tadi.
Mangsa yang berasal dari Butterworth itu ditemui orang awam dalam keadaan berlumuran darah di aras enam bangunan berkenaan kira-kira jam 8.06 malam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhamad berkata, pasukan siasatan bersama Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang telah menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.
“Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah terhadap mangsa. Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat pagi ini,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Menurut beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut akan dijalankan dari pelbagai sudut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Abdul Rozak turut menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis. - Media Telus
Berita berkaitan
September 16, 2025, 11:45 am
Air Selangor nafi pintu empangan loji dibuka lewat punca banjir di Hulu Langat
September 16, 2025, 11:05 am
'Nak keluar untung tapi akaun disekat' - Wanita rugi lebih RM5 juta ditipu skim pelaburan kripto palsu
September 16, 2025, 10:47 am
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Malaysia, doa kesejahteraan negara
September 16, 2025, 10:36 am
Pengawal keselamatan maut diserang di Semenyih, polis tahan 5 lelaki bantu siasatan
September 16, 2025, 10:36 am
Kanak-kanak 10 tahun ditemukan, tiga sekeluarga maut tertimbus tanah runtuh di Papar
September 16, 2025, 10:30 am
Warga emas maut kereta terbabas rempuh gerai di Melaka
September 16, 2025, 10:25 am
PDRM siasat lima laporan polis berkaitan kenyataan Presiden UMANY
September 16, 2025, 10:15 am
Anwar gesa tindakan tegas hentikan pencerobohan Israel, pertahan Palestin
September 16, 2025, 10:05 am
Mangsa banjir cecah 2,273 orang, Sabah paling teruk terjejas
September 15, 2025, 9:36 pm