Berita Berita
Ketua PAS Sungai Buloh ditahan, dikaitkan dengan kekecohan Kampung Sungai Baru

KUALA LUMPUR 15 Sept – Ketua PAS Sungai Buloh, Zaharuddin Muhammad ditahan polis awal pagi tadi di kediamannya di Sungai Buloh bagi membantu siasatan insiden pengusiran penduduk Kampung Sungai Baru yang berlaku minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 186, 353 dan 324 Kanun Keseksaan.
Ketiga-tiga seksyen berkenaan merujuk kepada kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas, menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam serta mencederakan menggunakan senjata atau objek berbahaya.
Penahanan Zaharuddin sekitar jam 1.30 pagi itu dirakam dan tular di media sosial apabila sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hadir ke rumahnya untuk membawa beliau ke balai polis.
Insiden Kampung Sungai Baru pada 11 September lalu menyaksikan proses pengosongan rumah bertukar kecoh apabila berlaku provokasi antara pihak terlibat dengan pasukan penguat kuasa.
Dalam kejadian itu, Sulizmie sendiri dilaporkan cedera ketika mengawal keadaan di lokasi.
Sebelum ini, tujuh lelaki berusia antara 15 hingga 52 tahun turut ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kekecohan berkenaan, termasuk disyaki mencederakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi.
Berita berkaitan
September 16, 2025, 11:05 am
'Nak keluar untung tapi akaun disekat' - Wanita lebih RM5 juta ditipu skim pelaburan kripto palsu
September 16, 2025, 10:47 am
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Malaysia, doa kesejahteraan negara
September 16, 2025, 10:36 am
Pengawal keselamatan maut diserang di Semenyih, polis tahan 5 lelaki bantu siasatan
September 16, 2025, 10:36 am
Kanak-kanak 10 tahun ditemukan, tiga sekeluarga maut tertimbus tanah runtuh di Papar
September 16, 2025, 10:30 am
Warga emas maut kereta terbabas rempuh gerai di Melaka
September 16, 2025, 10:25 am
PDRM siasat lima laporan polis berkaitan kenyataan Presiden UMANY
September 16, 2025, 10:15 am
Anwar gesa tindakan tegas hentikan pencerobohan Israel, pertahan Palestin
September 16, 2025, 10:05 am
Mangsa banjir cecah 2,273 orang, Sabah paling teruk terjejas
September 15, 2025, 9:36 pm
11 parah, pesakit strok maut, ambulans dinaiki bertembung van
September 15, 2025, 6:53 pm