Berita Berita
Fahmi belum tebus bantuan SARA RM100, mahu sumbang kepada penduduk

GEORGE TOWN 15 Sept - Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berhasrat menyalurkan bantuan tunai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bernilai RM100 yang diterimanya kepada penduduk di kawasan Parlimen beliau.
Menurut Fahmi, beliau setakat ini belum sempat menebus bantuan tersebut, namun berjanji akan menyumbangkannya semula kepada mereka yang lebih memerlukan.
“Saya belum tebus lagi, tak sempat. Insya-ALLAH saya akan sedekahkan, kemungkinan besar kepada penduduk di kawasan Parlimen saya,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan menerusi program Tabung Kasih@HAWANA Santuni Pengamal Media Pulau Pinang di Ayer Itam, di sini pada Isnin.
Pada majlis berkenaan, Fahmi turut menyerahkan bantuan kepada wartawan Kwong Wah Yit Poh, Choo Kar Chun, 44, yang kini berdepan masalah pendengaran.
Cadangan agar penerima berkemampuan memanjangkan bantuan SARA RM100 kepada golongan lebih memerlukan sebelum ini disuarakan oleh Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar. Malah, beliau bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang juga Ahli Parlimen Gombak sudah memulakan inisiatif tersebut pada Ahad lalu.
Untuk rekod, SARA RM100 adalah bantuan sekali bayar yang diagihkan kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas. Bantuan itu boleh digunakan di lebih 7,000 premis perniagaan berdaftar seluruh negara sehingga 31 Disember ini tanpa memerlukan sebarang permohonan.
Berita berkaitan
September 16, 2025, 10:47 am
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Malaysia, doa kesejahteraan negara
September 16, 2025, 10:36 am
Pengawal keselamatan maut diserang di Semenyih, polis tahan 5 lelaki bantu siasatan
September 16, 2025, 10:36 am
Kanak-kanak 10 tahun ditemukan, tiga sekeluarga maut tertimbus tanah runtuh di Papar
September 16, 2025, 10:30 am
Warga emas maut kereta terbabas rempuh gerai di Melaka
September 16, 2025, 10:25 am
PDRM siasat lima laporan polis berkaitan kenyataan Presiden UMANY
September 16, 2025, 10:15 am
Anwar gesa tindakan tegas hentikan pencerobohan Israel, pertahan Palestin
September 16, 2025, 10:05 am
Mangsa banjir cecah 2,273 orang, Sabah paling teruk terjejas
September 15, 2025, 9:36 pm
11 parah, pesakit strok maut, ambulans dinaiki bertembung van
September 15, 2025, 6:53 pm
JPJ buka bidaan nombor pendaftaran ‘GM’ sempena Hari Malaysia
September 15, 2025, 6:23 pm