Berita Berita
Tanah runtuh Sabah: Tujuh disahkan terkorban termasuk 4 budak

KOTA KINABALU 15 Sept – Jumlah korban tanah runtuh di Sabah terus meningkat apabila tujuh mangsa, termasuk empat kanak-kanak, disahkan maut setakat jam 3.30 petang Isnin.
Menurut laporan Sinar Harian, di Kampung Cenderakasih, Kolombong, seramai 11 mangsa dilaporkan terlibat selepas sebuah rumah tertimbus. Empat mangsa berjaya menyelamatkan diri, manakala lima ditemui meninggal dunia.
Identiti mangsa dikenal pasti sebagai Husaima Sarabani, 50; Abdul Khalid (50-an); serta tiga kanak-kanak, Muhammad Izzan, 7; Siti Katijah, 4; dan Muhamad Khan, 2.
Seorang lelaki terselamat dengan kecederaan patah kaki dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth II (HQEII). Tiga lagi mangsa dewasa pula hanya cedera ringan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Pisar Aziz, mengesahkan mangsa yang ditemui telah disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Sementara itu, di Kampung Mook, Papar, dua lagi nyawa terkorban selepas tiga rumah tertimbus tanah runtuh. Mangsa ialah Emily Johnny, 38, dan seorang kanak-kanak lelaki, Xarell Myre Aristhotle, 11.
Tragedi ini berlaku susulan hujan lebat berterusan sejak Ahad yang turut menyebabkan banjir di beberapa kawasan. Setakat ini, enam daerah – Papar, Penampang, Tawau, Beaufort, Putatan dan Ranau – telah membuka pusat pemindahan sementara (PPS).
Bagaimanapun, Kota Kinabalu yang turut terjejas dengan banjir masih belum diisytiharkan sebagai kawasan bencana. Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Sabah masih belum diumumkan pihak berkuasa.
Berita berkaitan
September 16, 2025, 11:05 am
'Nak keluar untung tapi akaun disekat' - Wanita emas lebih RM5 juta ditipu skim pelaburan kripto palsu
September 16, 2025, 10:47 am
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Malaysia, doa kesejahteraan negara
September 16, 2025, 10:36 am
Pengawal keselamatan maut diserang di Semenyih, polis tahan 5 lelaki bantu siasatan
September 16, 2025, 10:36 am
Kanak-kanak 10 tahun ditemukan, tiga sekeluarga maut tertimbus tanah runtuh di Papar
September 16, 2025, 10:30 am
Warga emas maut kereta terbabas rempuh gerai di Melaka
September 16, 2025, 10:25 am
PDRM siasat lima laporan polis berkaitan kenyataan Presiden UMANY
September 16, 2025, 10:15 am
Anwar gesa tindakan tegas hentikan pencerobohan Israel, pertahan Palestin
September 16, 2025, 10:05 am
Mangsa banjir cecah 2,273 orang, Sabah paling teruk terjejas
September 15, 2025, 9:36 pm
11 parah, pesakit strok maut, ambulans dinaiki bertembung van
September 15, 2025, 6:53 pm