Berita Berita
'Terima kasih atas teguran' - Dikecam makan di restoran tiada sijil halal di Pulau Pinang, ini penjelasan Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR 17 Sept – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tampil menjelaskan isu kunjungannya ke sebuah restoran Cina di Pulau Pinang yang tular selepas dipersoalkan pengguna media sosial.
Beliau berkata, semasa beliau dan keluarga makan di restoran itu pada Mei lalu, sijil halal masih dipamerkan.
“Semasa saya pergi ke kedai, saya tengok sijil halal di sana. Gambar sijil halal pun saya ada kongsi dalam hantaran (media sosial).
“Ada yang kata bila periksa di laman web JAKIM sijil halal dah ditarik balik, tapi bila kita tengok ada sijil halal di kedai, jaranglah kita nak double check di portal pula. Insya-Allah, kita sama-sama mengingatkan antara kita,” katanya.
Tengku Zafrul sebelum ini berkongsi gambar beliau dan keluarga menikmati laksa, kuetiau udang, telur dadar tiram dan cendol di restoran berkenaan yang turut memiliki pengiktirafan Michelin.
Namun, hantaran itu mengundang kritikan segelintir pengguna media sosial yang mempertikaikan tindakannya makan di kedai Cina.
Sementara itu, laporan Guang Ming Daily menjelaskan bahawa sijil halal restoran tersebut hanya dibatalkan pada bulan Jun lalu, iaitu selepas kunjungan Tengku Zafrul pada Mei.
Pemilik restoran, Leow Woo Taid berkata, pembatalan pensijilan halal itu bukan disebabkan isu bahan makanan, sebaliknya berkait peluasan operasi ke unit sebelah.
“Kedai kami bukan seperti yang didakwa netizen, kononnya tidak mempamerkan sijil halal semasa tempoh pensijilan.
“Sebenarnya, sijil itu sentiasa dipamerkan di dalam kedai sehinggalah ia dibatalkan. Selepas pembatalan, sijil berkenaan telah diturunkan,” katanya.
Leow menegaskan, walaupun kehilangan pengiktirafan rasmi buat sementara waktu, ramai pelanggan setia termasuk pelanggan Islam tetap terus mengunjungi kedai mereka.
“Kami tidak menyembunyikan apa-apa, cuma kehilangan pengiktirafan halal buat sementara waktu. Ramai pelanggan memahami keadaan dan memilih untuk terus mempercayai kami,” katanya sambil menambah pihaknya akan memohon semula sijil halal dalam masa terdekat.
Berita berkaitan
September 17, 2025, 6:01 pm
Lelaki ditahan rosakkan mesin ATM dengan cangkul di Pasir Gudang
September 17, 2025, 5:56 pm
Saksi dakwa Zara Qairina menangis, nafi mencuri sebelum ke tandas
September 17, 2025, 5:49 pm
Tun M hairan ramai berebut jawatan PM walau parti belum tentu menang
September 17, 2025, 5:44 pm
Ucapan tegas Anwar mengenai Palestin di Doha raih perhatian antarabangsa
September 17, 2025, 4:48 pm
Pulau Pinang warta 25 bandar baharu, pinda sempadan 10 bandar sedia ada
September 17, 2025, 4:13 pm
Bot pancung bawa PATI rempuh aset Maritim, dua anggota cedera di perairan Negeri Sembilan
September 17, 2025, 3:42 pm