Berita Berita
Pejabat Tanah dan Galian perlu peranan lebih besar, elak tanah jadi polemik politik - Johari

PUTRAJAYA 22 Sept. – Pejabat Tanah dan Galian disaran memainkan peranan lebih ke hadapan dalam pengurusan tanah negara bagi mengelakkan isu-isu sensitif sehingga menjejaskan kestabilan politik.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, tanah bukan hanya melibatkan hak milik dan sempadan, sebaliknya merupakan aset ekonomi serta instrumen dasar yang penting.
“Contohnya isu Kampung Sungai Baru di Kuala Lumpur. Jika tiada definisi jelas mengenai sempadan dan hak milik, ia boleh menjadi polemik yang besar, ditambah pula dengan sentimen pihak tertentu serta campur tangan politik yang tidak memahami situasi sebenar,” katanya ketika merasmikan Hari Tanah Negara di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain.
Johari yang memangku jawatan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menegaskan, pengurusan tanah yang lemah boleh mencetuskan salah faham sehingga Pejabat Tanah dan Galian dipersalahkan.
“Bila mereka sudah duduk berpuluh tahun, kemudian pembangunan dimulakan, akhirnya Pejabat Tanah pula dituduh berlaku penipuan,” katanya.
Beliau turut mengingatkan bahawa pegawai tanah di peringkat Persekutuan dan negeri akan berdepan cabaran lebih kompleks pada masa hadapan berikutan kemungkinan wujud perbezaan dasar antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.
“Tetapi secara keseluruhannya, tanah adalah pemacu ekonomi jangka panjang, penjana peluang pekerjaan dan penyumbang kesejahteraan rakyat. Dengan pengurusan bijaksana, ia bukan sahaja aset strategik negara tetapi juga warisan untuk generasi akan datang,” katanya. — Media Telus
Berita berkaitan
September 23, 2025, 9:44 pm
Lelaki nekad lari dalam lumpur tinggalkan anak kecil elak dicekup AADK di Sungai Petani
September 23, 2025, 6:03 pm
Subsidi RON95: Kerajaan pantau rekod harian, bulanan isian rakyat - Amir Hamzah
September 23, 2025, 5:37 pm
Penduduk setinggan di Jinjang Tambahan lega arahan pengosongan ditangguh
September 23, 2025, 4:39 pm
RON95 hanya untuk rakyat Malaysia, kenderaan milik warga asing kekal dilarang
September 23, 2025, 4:08 pm
Lebih 1 tan ikan mati di Sungai Bekok, najis ladang ayam disyaki punca
September 23, 2025, 3:46 pm
Pelajar IKBN Miri nafi dibuli, dakwa hanya gurauan hari lahir - Polis
September 23, 2025, 3:37 pm
Mengamuk, tinggi suara pada Ketua Polis Perak, kerani didenda RM500
September 23, 2025, 2:53 pm