TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Akmal rela turun naik mahkamah demi pertahankan Jalur Gemilang

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA 22 Sept. – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan beliau sanggup berdepan sebarang cabaran undang-undang demi mempertahankan maruah Jalur Gemilang.

“Jika mempertahankan Jalur Gemilang saya kena turun naik mahkamah, maka saya akan lawan habis-habisan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Beliau kini berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana didakwa menyebabkan ketakutan serta kegentaran kepada awam.

“Yang terbalikkan Jalur Gemilang masih bebas. Tahniah, rakyat mampu menilai. Moga Allah berkati perjuangan ini,” ujarnya lagi.

Pada 22 Ogos lalu, Dr. Akmal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang atas pertuduhan tersebut.

Terdahulu, pada 14 Ogos, beliau mengetuai lebih 300 individu dalam satu perarakan sejauh 1.4 kilometer di Kepala Batas bagi membantah tindakan sebuah kedai perkakasan yang mempamerkan Jalur Gemilang secara terbalik. — Media Telus

+ - reset