TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

BUDI95: Subsidi RON95 sehingga 300 liter sebulan, tiada pendaftaran diperlukan

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 22 Sept. – Kerajaan menetapkan siling subsidi petrol RON95 melalui program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) sehingga 300 liter sebulan bagi setiap rakyat Malaysia, berdasarkan kajian Jabatan Perangkaan (DOSM) yang menunjukkan lebih 99 peratus pemandu kenderaan persendirian tidak melepasi jumlah tersebut.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, tiada pendaftaran diperlukan untuk menikmati subsidi itu, sebaliknya pengguna hanya perlu mengesahkan pembelian menggunakan MyKad di pam minyak atau terminal pembaca yang disediakan.

“Pemandu e-hailing dikecualikan daripada siling 300 liter dan boleh memohon tambahan untuk memastikan kelangsungan pekerjaan mereka,” katanya hari ini.

Menurut kementerian itu lagi, selain MyKad, rakyat turut ditawarkan pilihan pembayaran digital melalui e-dompet TNG dan aplikasi syarikat minyak seperti Setel (Petronas) dan CaltexGo.

Pelaksanaan BUDI95 dilakukan secara berperingkat bermula 27 September melibatkan 300,000 anggota tentera dan polis, diikuti penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada 28 September, manakala 16 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas dengan MyKad dan lesen memandu aktif boleh menikmati subsidi bermula 30 September.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan harga RON95 diturunkan kepada RM1.99 seliter untuk rakyat tempatan mulai 30 September, manakala warga asing perlu membayar RM2.60 seliter. - Media Telus

+ - reset