TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pengusaha syarikat keselamatan maut motosikal terbabas di Temerloh

By
|
Kongsi
image

TEMERLOH 22 Sept. – Seorang lelaki berusia 28 tahun yang juga pengusaha syarikat kawalan keselamatan maut selepas motosikal ditungganginya terbabas sebelum melanggar batu pembahagi jalan di Kilometer 8, Jalan Temerloh–Mentakab, awal pagi Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintenden Marina Hashim berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.50 pagi ketika mangsa, S. Ravichanthiran, menunggang motosikal jenis Modenas Ninja ZX250 menuju ke arah Mentakab.

“Hasil siasatan mendapati motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu merempuh penghadang batu di tengah jalan. Akibat pelanggaran itu, mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk proses bedah siasat.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Media Telus

+ - reset