Berita Berita
Dua polis dipenjara, denda terima rasuah RM800 daripada polis lain sebagai habuan tak lapor kesalahan khalwat

KUALA LUMPUR 22 Sept - Dua anggota polis masing-masing dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,000 selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mendapati mereka bersalah menerima rasuah RM800 bagi mengelakkan tindakan terhadap satu kes khalwat, lima tahun lalu.
Hakim Rosli Ahmad ketika membacakan keputusan berkata, pembelaan yang dikemukakan oleh Lans Koperal Nur Fikri Mohd Fadzilee, 28, dan Koperal Mohd Fazly Hambali, 39, adalah tidak munasabah serta tidak boleh dipercayai.
"Mahkamah juga mendapati kedua-dua tertuduh gagal untuk menjawab anggapan di bawah Seksyen 50(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 di bawah imbangan kebarangkalian," katanya.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara terhadap kedua-duanya bermula hari ini dan menambah tempoh penjara dua bulan lagi sekiranya gagal membayar denda.
Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua anggota polis itu secara bersama memperoleh wang tunai RM800 daripada seorang pegawai polis yang baru menamatkan latihan bersama pasangannya yang disyaki berkhalwat dalam sebuah kenderaan. Kejadian berlaku antara jam 12 tengah malam hingga 2.20 pagi, pada 1 Oktober 2020, di sebuah hentian bas di Presint 8, Putrajaya.
Kesalahan itu dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Dalam prosiding berkenaan, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fadhly Mohd Zamry bersama Pegawai Pendakwa Mohd Hanafi Firdhaus Abd Latif. Nur Fikri diwakili peguam Muhammad Afiq Audy Basharudin, manakala Mohd Fazly tidak diwakili peguam.
Berita berkaitan
September 22, 2025, 9:40 pm
Tambang RM60 jadi RM800, insiden 'ulat teksi' tipu pelancong asing cemar imej negara - Anthony Loke
September 22, 2025, 9:26 pm
'Mangsa rogol tak boleh dihukum bersama pelaku' – Guan Eng desak Ketua Polis Kelantan mohon maaf
September 22, 2025, 5:37 pm
Subsidi BUDI95: Tak perlu risau, kerajaan tanggung kos tukar cip MyKad rosak
September 22, 2025, 4:56 pm
Pendakwa Raya dakwa mahkamah terkhilaf lepaskan Syed Saddiq, kemuka 28 alasan
September 22, 2025, 4:33 pm
Lelaki ditahan selepas video gangguan seksual di kedai mainan tular
September 22, 2025, 4:20 pm
JPJ saman 48 pemandu 'tak sabar' guna lorong kecemasan di Seremban
September 22, 2025, 4:19 pm
PDRM hargai pelaksanaan Budi95, anggap bukti keprihatinan kerajaan
September 22, 2025, 4:11 pm
Warga emas didenda RM2,500 kerana cubit pipi wanita
September 22, 2025, 4:01 pm