Berita Berita
Tambang RM60 jadi RM800, insiden 'ulat teksi' tipu pelancong asing cemar imej negara - Anthony Loke

KUALA LUMPUR 22 Sept - Insiden seorang pelancong asing ditipu caj tambang teksi sehingga 14 kali ganda di KLIA2 baru-baru ini mendorong Kementerian Pengangkutan (MOT) mengambil tindakan tegas apabila seorang pemandu ‘ulat teksi’ berjaya ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan kegiatan ‘ulat teksi’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2 kerana ia mencemarkan imej negara.
"Selepas tular di media sosial dua hari lalu mengenai seorang pelancong asing yang ditipu oleh 'ulat' di KLIA T2 dengan tawaran asal RM60 tetapi dipaksa membayar RM800 sebelum turun daripada kereta saya telah mengarahkan JPJ menjejaki kenderaan tersebut.
"Semalam, selepas operasi samaran di KLIA, JPJ telah berjaya menahan kenderaan tersebut bersama pemandunya. Kereta itu telah disita serta-merta dan kertas siasatan dibuka untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Beliau turut berkongsi gambar kenderaan yang disita dan merakamkan penghargaan kepada JPJ atas tindakan pantas mereka.
Terdahulu, pada 15 September lalu, video seorang pelancong asing tular di media sosial apabila mendedahkan dia ditawarkan tambang RM60 oleh seorang lelaki tempatan ketika mencari bas ke sebuah hotel di ibu negara.
Namun, sebaik tiba di hadapan hotel, pemandu berkenaan enggan berhenti, sebaliknya memandu ke kawasan sunyi sebelum menuntut bayaran RM836, iaitu kira-kira 14 kali ganda daripada kadar asal.
Berita berkaitan
September 22, 2025, 9:26 pm
'Mangsa rogol tak boleh dihukum bersama pelaku' – Guan Eng desak Ketua Polis Kelantan mohon maaf
September 22, 2025, 5:37 pm
Subsidi BUDI95: Tak perlu risau, kerajaan tanggung kos tukar cip MyKad rosak
September 22, 2025, 5:12 pm
Dua polis dipenjara, denda terima rasuah RM800 daripada polis lain sebagai habuan tak lapor kesalahan khalwat
September 22, 2025, 4:56 pm
Pendakwa Raya dakwa mahkamah terkhilaf lepaskan Syed Saddiq, kemuka 28 alasan
September 22, 2025, 4:33 pm
Lelaki ditahan selepas video gangguan seksual di kedai mainan tular
September 22, 2025, 4:20 pm
JPJ saman 48 pemandu 'tak sabar' guna lorong kecemasan di Seremban
September 22, 2025, 4:19 pm
PDRM hargai pelaksanaan Budi95, anggap bukti keprihatinan kerajaan
September 22, 2025, 4:11 pm
Warga emas didenda RM2,500 kerana cubit pipi wanita
September 22, 2025, 4:01 pm