Berita Berita
JPJ saman 48 pemandu 'tak sabar' guna lorong kecemasan di Seremban

SEREMBAN 22 Sept – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengenal pasti sikap tidak sabar dan mahu cepat antara punca segelintir pengguna jalan raya menyalahgunakan lorong kecemasan bagi mengelak kesesakan lalu lintas, khususnya pada musim cuti sekolah minggu lalu.
Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusof berkata, walaupun kebanyakan pemandu sedar lorong kecemasan hanya dikhaskan untuk kenderaan kecemasan dan situasi kritikal, masih ramai yang bertindak melanggar peraturan.
“Antara faktor penyalahgunaan lorong kecemasan ini adalah disebabkan sikap segelintir pengguna sendiri yang tidak sabar dan cuba memotong ketika trafik sesak, walaupun mereka tahu ia merupakan satu kesalahan.
“Ada juga yang tidak faham bahawa lorong ini hanya untuk kegunaan kenderaan kecemasan seperti ambulans, bomba, polis atau bagi kenderaan yang rosak,” katanya pada Isnin.
Beliau berkata demikian susulan operasi penguatkuasaan selama dua hari di lebuh raya utama sekitar negeri ini, termasuk Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban pada Sabtu dan Ahad lalu.
Menurut Hanif, tindakan menyalahgunakan lorong kecemasan bukan sahaja menyusahkan pasukan penyelamat, malah boleh membahayakan penunggang motosikal serta kenderaan rosak yang berada di lorong berkenaan.
“Risiko pelanggaran adalah tinggi. Apa yang lebih membimbangkan, tindakan ini boleh melambatkan ketibaan kenderaan kecemasan ke lokasi kritikal dan secara tidak langsung meningkatkan risiko kemalangan maut.
“JPJ ingin menegaskan bahawa penggunaan lorong kecemasan tanpa sebab munasabah merupakan kesalahan serius di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tegasnya.
Beliau berkata, dalam operasi itu, JPJ merekodkan sebanyak 48 kesalahan, membabitkan 22 Notis P22 dan 26 Notis 114 (Temu Siasat).
“JPJ akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana pengguna jalan raya yang ingkar undang-undang ini, selain mempergiatkan usaha pemantauan dan penguatkuasaan.
“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas serta mengutamakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain,” katanya.
Berita berkaitan
September 22, 2025, 9:40 pm
Tambang RM60 jadi RM800, insiden 'ulat teksi' tipu pelancong asing cemar imej negara - Anthony Loke
September 22, 2025, 9:26 pm
'Mangsa rogol tak boleh dihukum bersama pelaku' – Guan Eng desak Ketua Polis Kelantan mohon maaf
September 22, 2025, 5:37 pm
Subsidi BUDI95: Tak perlu risau, kerajaan tanggung kos tukar cip MyKad rosak
September 22, 2025, 5:12 pm
Dua polis dipenjara, denda terima rasuah RM800 daripada polis lain sebagai habuan tak lapor kesalahan khalwat
September 22, 2025, 4:56 pm
Pendakwa Raya dakwa mahkamah terkhilaf lepaskan Syed Saddiq, kemuka 28 alasan
September 22, 2025, 4:33 pm
Lelaki ditahan selepas video gangguan seksual di kedai mainan tular
September 22, 2025, 4:19 pm
PDRM hargai pelaksanaan Budi95, anggap bukti keprihatinan kerajaan
September 22, 2025, 4:11 pm
Warga emas didenda RM2,500 kerana cubit pipi wanita
September 22, 2025, 4:01 pm